Mungkin ada di antara anda pernah dating. Tidak mustahil anda pernah dating beberapa kali dengan orang yang berbeza. Ada kegagalan di dalam dating anda? Namun begitu saya sediakan sedikit tip di dalam bidang dating untuk anda. Tidak semua apa yang anda baca akan memberikan kejayaan yang mutlak namun sedikit sebanyak akan membantu anda. Harap apa yang saya sediakan dapat memberikan anda satu sinar baru di dalam kehidupan anda dalam pencarian teman hidup.

- Dating bukanlah satu perkara yang boleh dianggap enteng. Keazaman dan usaha yang tinggi amat penting dalam dating. Sikap separuh hati tidak akan membawa anda ke mana-mana seterusnya memberikan tanggapan negatif kepada diri anda sendiri. Namun perlu diingati jika anda ditolak pada dating anda. Jangan mudah mengalah hanya kerana kegagalan dari dating anda itu.
- Tetapkan halatuju dan objektif anda. Mulakan kempen dating anda dengan membentuk penampilan yang menarik dan terbaik. Pelbagai cara boleh anda mulakan. Perlu anda ingat, anda tetap menarik walaupun siapa pun anda. Cuba mengemaskan diri anda seperti potongan rambut yang lebih kemas, memotong kuku anda dan lain-lain kebersihan rupa paras yang asas. Anda juga boleh berjinak-jinak ke gim atau pun membaca majalah kesihatan untuk mendapatkan rujukan lanjut. Walau pun dengan cara ini anda masih gagal mendapat dating perlu anda ingat bahawa anda akan merasakan ribuan kali ganda yakin dan orang di sekeliling anda pasti akan merasakan aura positif dari anda.
- Membeli belah untuk diri anda. Mengapa tidak? Dapatkan pakaian baru untuk anda sendiri. Bina penampilan anda. Namun bukanlah berbelanja tahap menghabiskan wang ringgit. Cukup sekadar memberi pakaian baru di dalam almari anda. Adakah anda mahu memakai baju lusuh, jeans yang sudah uzur atau pun baju T yang sudah kembang di sekeliling lehernya? Anda tidak perlu menjadi orang lain dengan meniru identiti mereka. Anda hanya perlu menggandakan daya tarikan anda seterusnya meningkatkan semangat dan daya posiitif anda. Pasangan anda akan menghargai usaha anda itu.
- Anda sendiri perlu fikirkan apa yang anda mahu dari dating tersebut dan jangkaan masa hadapan. Adakah anda akan berkahwin dengannya dalam masa beberapa tahun? Jika ya, kendalikan dating anda mengikut perancangan sepatutnya. Fikir dan tanya diri anda sendiri bahawa sejujur mana anda dengan pasangan dating anda. Jika anda bersikap sambil lewa, anda tidak patut melakukan dating. Buat apa anda perlu bersusah payah?
- Cuba berdampingan dengan rakan atau golongan yang menyokong objektif dating anda. Jika anda mengikut tips di atas, percayalah anda akan terasa lebih teratur dan fokus terhadap objektif anda. Jangan mensabotaj usaha anda sendiri dengan bersama rakan-rakan yang berfikiran negatif tentang hubungan dan cinta.
- Ambil masa antara dating. Jika dating terlalu kerap akan membawa keletihan dating kepada anda dan mungkin juga pasangan. Masing-masing perlu masa untuk mengecas diri sendiri dan mengekalkan tahap positif yang tinggi. Fasa demi fasa adalah jalan yang terbaik.