Salam semua. Rasanya sudah lama tidak membuat entri berkaitan tutorial. Kali ini saya ingin berkongsi cara watermark gambar anda secara batch. Jalan-jalan blog mencari tutorial sampai ke blog Nadia Ar-Rumaisha yang mana mengilhamkan saya berkongsi perisian yang bakal kita gunakan nanti. Watermark yang saya gunakan adalah berasaskan imej berformat PNG. Perlunya gambar anda diletakkan watermark bagi mengelakkan ianya digunapakai oleh pihak ketiga tanpa izin dan lebih malang gambar tersebut digunakan untuk tujuan jahat. Jadi tanpa membuang masa mari kita mulakan.
Pertama sekali anda perlukan FastStone Image Resizer. Percayalah bagi saya ini adalah satu perisian yang mampu mengecilkan saiz gambar degan banyak dan pantas.
Anda juga memerlukan imej PNG dengan latar belakang transparent. Sebagai contoh ini adalah watermark saya:

Setelah anda download dan install mulakan program tersebut.
Setelah anda menjalankan program ini anda boleh membuka folder gambar yang anda mahukan.
1) Anda boleh tambah gambar keseluruhan folder atau sebahagian sahaja.
2) Set folder untuk output anda
3) Tick kotak tersebut dan tekan Advanced Options
Ini adalah paparan untuk Advanced Options. Di sini anda boleh menggunakan pelbagai setting yang ada untuk kegunaan anda. Tapi buat masa ini maju ke tab Watermark.
Di bawah adalah tab Watermark. Anda boleh bermain dengan setting yang ada. Setting yang ada amat membantu. Bermain dengan setting Position sangat membantu. Anda boleh meletak imej watermark anda dengan seragam kedudukannya pada semua imej. Jangan lupa load imej watermark anda.
Setelah berpuas hati dengan setting anda, klik OK. Anda akan kembali ke menu mula-mula tadi. Tekan Convert dan tunggu.
Setelah Selesai, klik DONE dan lihat hasilnya. Mudah, cepat dan senang untuk dikongsi di Internet dengan selamat. Sebarang pertanyaan mengenai tutorial ini boleh diajukan dan saya akan menjawab sebaik mungkin bagi membantu anda.

Hasil Watermark.




Apa khabar semua yang singgah di Teratak Bicarahati? Kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua apa yang tidak patut dilakukan ketika dating atau pun pertemuan bersama si dia. Sila lihat bahagian pertama artikel ini di
Salam kembali buat semua pembaca. Kali ini walau dalam kesibukan saya akan cuba berkongsi sedikit info berkaitan dating. Apa itu dating? Anda takrifkan sendiri. Bagi saya dating ini perlu rapi sama ada kali pertama atau pun yang seterusnya. Untuk kebahagiaan bersama ia haruslah menjadi sesuatu yang manis untuk dikenang dan dirasai.