Selamatkan Sesi Facebook Anda Dari Digodam

Facebook sebuah lagi fenomena laman sosial yang telah melanda dunia. Kini sudah banyak pihak turut menyertai Facebook sebagai cabang promosi dan tidak kurang mereka yang mencari kenalan dan bersosial melalui Facebook. Tambahan dengan akses ke internet melalui wifi semakin bercambah memudahkan anda mengakses Facebook tidak terhad hanya di rumah.

facebook-https-1

Rajah 1: Sesi Facebook menggunakan Secure Browsing atau HTTPS

Tetapi tahukah anda rata-rata di antara kalian login ke akaun Facebook dengan tidak selamat? Sesi dan akaun facebook anda mungkin sedang dihidu. Melalui perkakasan yang menggunakan Android, mereka mampu menggunakan sebuah perisian dan mengesan kata laluan anda di wifi umum. Itu tidak kira lagi dengan keadaan komputer yang mempunyai virus dan tidak selamat untuk digunakan login ke servis internet anda.

Selamatkan sesi Facebook anda menggunakan Secure Browsing! Teruskan membaca ya.

Continue reading

Mencipta Search Page Browser Anda

Metro UI adalah paparan yang akan digunakan oleh Microsoft bagi platform Windows 8 begitu juga perkakasan yang bakal mereka keluarkan. Metro Ui dinaiktaraf dari paparan Windows 7 tetapi lebih kepada typography, berbeza dengan yang selalu kita lihat iaitu bertemakan ikon. Paparan ini lebih ringkas dan jika bijak memilih warna, pasti browser anda bermula dengan warna-warna ceria.

Contoh yang telah saya upload untuk anda semua di sini.

screen

Rajah 1: Firefox 7 saya dengan search homepage buatan sendiri!

Continue reading

Windows Live Writer Khas Untuk Semua Blogger

Pasti ramai blogger di luar sana menggunakan editor yang datang bersama sistem blog anda bukan? Kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua tentang sesuatu yang percuma untuk blogger dan datangnya dari Microsoft Live. Khas untuk blogger di luar sana tidak kira WordPress, Blogspot, Typepad atau lain-lain sama ada dihost secara percuma atau dihos sendiri.

Yang menariknya, antaramukanya amat menarik tidak ubah seperti Microsoft Word yang amat anda kenal. Anda boleh membuat draft entry untuk blog anda dan publish kemudian. Ia juga mempunyai fungsi login blog anda terus dengan memasukkan maklumat berkaitan.

Anda memerlukan sambungan internet untuk pasang Windows Live Writer (WLW) ini. Ini kerana installer tersebut akan muat turun berdasarkan pakej yang anda mahukan.

Boleh digunakan pada Windows 7, Windows Vista Service Pack 2 dan Windows Server 2008. Pastikan anda kemaskini Windows anda dengan update terkini daripada Microsoft bagi melancarkan pemasangan.

Muat turun installer Windows Live dan teruskan membaca entry ini untuk langkah seterusnya.

Continue reading

Tak Suka Lightbox Facebook?

Anda semua pasti ada akaun Facebook bukan? Saya juga begitu. Jika anda sudah lama dengan laman sosial ini pasti anda akan melihat perubahan demi perubahan yang dilakukan sejajar dengan perubahan masa, kehendak dan trend masa kini. Tidak lama dahulu Facebook menggunakan teknik Lightbox untuk melihat gambar di mana jika anda klik sesebuah gambar, ia tidak membawa anda ke halaman gambar tersebut tetapi terus membuka gambar tersebut tanpa anda perlu melakukan navigasi. Ia mempunyai konsep seperti popup dan ada di antara anda di luar sana tidak senang dengan pembaharuan ini.

Kini ada beberapa cara untuk anda terus melihat gambar tanpa menggunakan lightbox ini. Terdapat plugin bagi browser Mozilla Firefox iaitu Facebook Lightbox Killer.

Secara alternatif anda boleh buangkan perkataan =1&theater.

Wordle Memang Menarik

Salam sejahtera buat semua pembaca. Terima kasih kerana singgah membaca. Jangan lupa LIKE fan page saya di facebook ya. Cukup 100 like akan buat peraduan untuk anda semua :) Baiklah entry kali ini  menceritakan tentang sembuah laman web yang saya rasa agak menarik bagi anda di luar sana. Tidak kira siapa pun anda boleh menggunakan aplikasi java ini untuk pelbagai kegunaan. Mari kita menjengah ke laman web Wordle!

Sebenarnya laman Wordle ini menawarkan servis words cloud yang kita boleh keluarkan sama ada dari laman web, teks, dan juga username pengguna del.icio.us untuk mengetahui tag yang digunakan. Banyak yang boleh kita aplikasikan daripada servis ini jika kita kreatif. Servis ini menggunakan applet java yang mana akan mengeluarkan words cloud berdasarkan pilihan anda sama ada url atau teks pilihan anda. Contoh seperti di bawah menggunakan url bicarahati.com sebagai contoh:

Applet Java Wordle ini turut menyediakan menu untuk mengolah warna dan bentuk mengikut kreativiti anda menyesuaikan preset yang sudah tersedia. Tetapi bagaimana saya hendak save imej yang saya buat? Teruskan membaca…

Continue reading