Posts tagged suami

Tips Dating Untuk Anda

0

Mungkin ada di antara anda pernah dating. Tidak mustahil anda pernah dating beberapa kali dengan orang yang berbeza. Ada kegagalan di dalam dating anda? Namun begitu saya sediakan sedikit tip di dalam bidang dating untuk anda. Tidak semua apa yang anda baca akan memberikan kejayaan yang mutlak namun sedikit sebanyak akan membantu anda. Harap apa yang saya sediakan dapat memberikan anda satu sinar baru di dalam kehidupan anda dalam pencarian teman hidup.

  1. Dating bukanlah satu perkara yang boleh dianggap enteng. Keazaman dan usaha yang tinggi amat penting dalam dating. Sikap separuh hati tidak akan membawa anda ke mana-mana seterusnya memberikan tanggapan negatif kepada diri anda sendiri. Namun perlu diingati jika anda ditolak pada dating anda. Jangan mudah mengalah hanya kerana kegagalan dari dating anda itu.
  2. Tetapkan halatuju dan objektif anda. Mulakan kempen dating anda dengan membentuk penampilan yang menarik dan terbaik. Pelbagai cara boleh anda mulakan. Perlu anda ingat, anda tetap menarik walaupun siapa pun anda. Cuba mengemaskan diri anda seperti potongan rambut yang lebih kemas, memotong kuku anda dan lain-lain kebersihan rupa paras yang asas. Anda juga boleh berjinak-jinak ke gim atau pun membaca majalah kesihatan untuk mendapatkan rujukan lanjut. Walau pun dengan cara ini anda masih gagal mendapat dating perlu anda ingat bahawa anda akan merasakan ribuan kali ganda yakin dan orang di sekeliling anda pasti akan merasakan aura positif dari anda.
  3. Membeli belah untuk diri anda. Mengapa tidak? Dapatkan pakaian baru untuk anda sendiri. Bina penampilan anda. Namun bukanlah berbelanja tahap menghabiskan wang ringgit. Cukup sekadar memberi pakaian baru di dalam almari anda. Adakah anda mahu memakai baju lusuh, jeans yang sudah uzur atau pun baju T yang sudah kembang di sekeliling lehernya? Anda tidak perlu menjadi orang lain dengan meniru identiti mereka. Anda hanya perlu menggandakan daya tarikan anda seterusnya meningkatkan semangat dan daya posiitif anda. Pasangan anda akan menghargai usaha anda itu.
  4. Anda sendiri perlu fikirkan apa yang anda mahu dari dating tersebut dan jangkaan masa hadapan. Adakah anda akan berkahwin dengannya dalam masa beberapa tahun? Jika ya, kendalikan dating anda mengikut perancangan sepatutnya. Fikir dan tanya diri anda sendiri bahawa sejujur mana anda dengan pasangan dating anda. Jika anda bersikap sambil lewa, anda tidak patut melakukan dating. Buat apa anda perlu bersusah payah?
  5. Cuba berdampingan dengan rakan atau golongan yang menyokong objektif dating anda. Jika anda mengikut tips di atas, percayalah anda akan terasa lebih teratur dan fokus terhadap objektif anda. Jangan mensabotaj usaha anda sendiri dengan bersama rakan-rakan yang berfikiran negatif tentang hubungan dan cinta.
  6. Ambil masa antara dating. Jika dating terlalu kerap akan membawa keletihan dating kepada anda dan mungkin juga pasangan. Masing-masing perlu masa untuk mengecas diri sendiri dan mengekalkan tahap positif yang tinggi. Fasa demi fasa adalah jalan yang terbaik.

Cinta Tanpa Memahami

1

Salam semua. Hurmm… Lama tak buat entry baru. Sebelum itu saya sampaikan tabik hormat spring sport kepada cheazni yang sudi membantu saya di blog ini. Rasanya kali ini hendak mengulas ayat komen saya pada salah satu gambar di facebook yang berbunyi

Cinta tanpa pemahaman hanyalah suatu masa yg dipenuhi kegembiraan semata-mata.

Betulkah apa yang dikatakan saya? Bagi saya sendiri antara komponen penting dalam percintaan adalah pemahaman yang mana akan menjadi tunggak kekuatan sebuah ikatan. Ini seterusnya akan mengukuhkan apa yang kita pegang selama ini. Percaya atau tidak cuba anda imbas kembali kenangan anda. Adakah setiap hari penuh dengan kegembiraan? Anda pernah dilukai oleh si dia yang anda sayangi? Anda pernah melukakan si dia? Atas nama cinta jugalah anda masing-masing memaafkan sesama sendiri. Kerana konflik yang terjadi itu wujud dari proses memahami satu sama lain. Memahami seseorang itu tidak akan pernah tamat kerana manusia sendiri unik untuk difahami. Bercintalah anda 100 tahun sekalipun anda tidak dapat memahami pasangan anda 100%.

Jika kita hanya mahu kegembiraan atau jika cinta hanya penuh kegembiraan itu hanya igauan anda sahaja. Walau dalam persabahatan sendiri ada konflik yang wujud akibat pemahaman terhadap sahabat. Cinta tanpa pemahaman hanyalah suatu masa yang dipenuhi kegembiraan kerana kita merealisasikan  ilusi kita yang mana cinta itu hanyalah kegembiraan. Kita tidak mahu memikirkan konflik yang sedang berlaku. Kita hanya mengisi masa lapang kita dengan si dia. Sedarkah kita hanya menggunakan si dia untuk melihat kegembiraan yang kita realisasikan dari ilusi minda?

Jika kita berasa bosan dengan konflik yang terjadi dalam hubungan anda, ini antara ciri-ciri anda dalam situasi seperti yang dibincangkan. Anda tidak mahu memahami situasi dan kehendak pasangan anda. Ego inilah yang meruntuhkan banyak hubungan. Anda berpegang kepada ego ini bahawa percintaan hanyalah dipenuhi masa kegembiraan. Hakikatnya konflik yang terjadi akan membawa anda setapak lebih rapat mengenali dirinya.

Saya sendiri mengambil masa yang lama untuk memahami isu ini. Jom sambung tonton AngelBeats.

polygamy

Nak Kahwin Lagi

0

Terima kasih kepada Pday dan Farina kerana menghantar emel ini. Ayuh, jenaka petang.

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two, “tiga” isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu “Singular”; dua atau lebih “Plural”
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je, kan?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi…

Dating – Perkara Yang Perlu Dielakkan

0

Apa khabar semua yang singgah di Teratak Bicarahati? Kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua apa yang tidak patut dilakukan ketika dating atau pun pertemuan bersama si dia. Sila lihat bahagian pertama artikel ini di sini.

Perkara yang perlu dielakkan

  1. Jangan telefon, sms atau emel seseorang yang anda baru jumpa lebih dari sekali melainkan mereka membalas panggilan, sms atau emel and (mengecualikan hal kecemasan). Pastikan mereka membalas terlebih dahulu sebelum memulakankembali gerakan anda. Jika anda berdegil, ini akan membuatkan si dia berasa tidak selesa dan menganggap anda begitu terdesak. Ini boleh menggugat kestabilan hubungan baru anda.
  2. Jangan dating dengan orang yang pernah melukakan perasaan anda di masa lalu. Tidak dinafikan ramai yang masih tertarik kepada kisah silam mereka walau pun pedih. Penting bagi kita tidak kira lelaki atau wanita untuk memecahkan kebiasaan ini. Cuba cari satu perhubungan baru yang sihat dan membuatkan anda selesa.
  3. Tepati masa. Jangan lambat kerana ia menunjukkan betapa anda tidak menghargai pasangan anda. Jika anda perlu menukar rancangan, cuba beritahu kepada si dia sebaik dan seawal mungkin dengan penuh hemah dan tatasusila serta jangan lupa memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
  4. Jangan sesekali berbohong tentang aspek kehidupan kamu hanya untuk membuatkan si dia berbangga dengan kamu. Jadilah diri anda sendiri kerana bagi saya sendiri; saya mahu si dia mencintai saya setulus hati bukan dengan apayang saya gembar gemburkan.
  5. Jangan terlalu ada untuk si dia. Mengapa? Saya tidak mengatakan anda perlu bermain tarik tali dengan si dia. Anda juga ada minat dan bergaul dengan rakan lain. Anda perlu mengembangkan fikiran anda sendiri untuk lebih mengenali si dia. Jangan tutup hidup anda hanya bersama si dia. Insan yang hidupnya amat menarik dan mencabar akan memberikan hasil pertemuan yang lebih baik.
  6. Jangan beri segalanya pada pertemuan awal. Adakalanya berkongsi terlalu banyak rahsia hidup anda kepada si dia memungkinkan anda di reject si dia. Perhubungan memerlukan masa untuk berkembang. Seperti pokok juga, banyak air dan baja ia tidak akan tumbuh sihat malahan mungkin mati. Ingat, beri sedikit dan biar ia berkembang. Anda perlukan masa untuk mengenali seseorang. Jika kita berikan semua sekali, apa lagi yang tinggal untuk dikongsi bersama?
  7. Jangan sesekali melihat orang lain dengan niat lain ketika sedang bertemu. Jangan nakal adalah lebih tepat rasanya. Ini adalah sangat tidak elok dan akan memberikan pandangan buruk kepada si dia. Sentiasa bersama si dia ketika bertemu bukan curi-curi ushar orang lain.
  8. Jaga adab dan tingkah laku anda. Kesopanan dan kesusilaan mempu membawa anda lebih jauh dalam kehidupan.
  9. Sentiasa fikirkan keselamatan diri. Bawa telefon bimbit anda ke mana sahaja dan pastikan di cas dan berfungsi. Pastikan rakan anda tahu ke mana anda serta berjumpalah si dia di tempat awam yang ramai orang. Jangan biarkan diri anda dipengaruhi bertemu di tempat sunyi atau pun rumah dan membuatkan anda tidak selesa.
  10. Kali pertama berjumpa saya sarankan anda tidak beritahu maklumat peribadi yang penting seperti alamat rumah atau pun nombor telefon rumah sekiranya ada. Simpan butiran ini sehinggalah anda percaya dan yakin kepada si dia bahawa si dia berhak mengetahuinya.
  11. Jangan sesekali bertemu dengan si dia yang sudah berkahwin dan di dalamikatan perkahwinan. Secara amnya mereka tidak akan melepaskan pasangan hidup mereka dan anda hanya akan menjadi tempat meluahkan perasaan. Jika anda masih bujang, anda berhak untuk yang lebih baik. Jika anda sudah berkahwin, sila renung wajah keluarga anda sebelum membuat sebarang keputusan membelakangi keluarga anda.

Sekian sahaja daripada saya. Sekadar berkongsi dengan anda semua.

Kepada anda semua tidak kira suami, isteri, lelaki atau wanita saya sarankan anda membaca artikel dari blog bertajuk nudabuffy iaitu, Care for the Environment Cara Saya: Cloth Pad. Amat berguna dan mempunyai info yang menarik terumatanya anda wanita untuk menghadapi period setiap bulan. Tahniah kepada nudabuffy kerana menampilkan artikel yang amat membuka minda saya serta isteri. Saya mesti pilih!

Go to Top