
Salam pagi Isnin buat semua? Sudah sahur dan solat subuh semua? Kali ini tanpa bercerita panjang saya ingin menambah sedikit info mengenai kurma keluaran Israel. Bulan puasa memang sinonim dengan kurma bagi kita di sini. Oleh itu jika membeli kurma harap dapat lihat-lihat dengan jelas. Pastikan bukan keluaran Israel ya. Maklumlah ketika ini pelbagai produk boleh keluar masuk Malaysia dengan mudah. Emel kali ini datangnya daripada saudara Rocker Ariff. Harap semua dapat beri perhatian.
Organisasi anti-Israel kini melancarkan kempen memulaukan produk Israel dengan menggesa umat Islam memboikot kurma ditanam di kawasan penempatan Yahudi terbabit.
Buah itu dianggap komponen penting dalam amalan berbuka puasa dan mereka yang memakan kurma meningkat dengan ketara di dunia Arab dan Islam bulan ini.
Gesaan memboikot buah kurma dihasilkan Israel itu sudah digesa organisasi pro-Palestin di Eropah dan menerima sokongan dalam media Arab dan Iran
15-08-2010 – Boikot Kurma Israel, Berita Harian Online.
Ini adalah kurma yang dipercayai sudah berada di Singapura. Kebenarannya saya sendiri tidak pasti. Harap ada rakan-rakan dapat mengesahkan kehadiran kurma ini di sana dan Malaysia. Kurma ini bernama Jordan River dipasarkan oleh syarikat kurma Israel iaitu Hadiklaim (Israel Date Growers Coperative Limited).
Hadiklaim has several brand-name date products, which are sold throughout the
Middle East, Europe, Australia and the Americas. Most prominently, Medjoul dates
are sold under the King Solomon brand, while Jordan River remains a symbol of
quality for numerous date varieties. Jordan River Bio-Top brand appears on all our
Bio-Organic products.
Memetik dari laman Hadiklaim.
Lihat gambar produk:


