Posts tagged pos
Ping Pong dan Aku
0
Salam sejahtera kepada semua yang sudi melawat ke blog ini. baru-baru ini aku kembali bermain satu sukan yang sudah lama sangat aku tinggalkan, Ping Pong. Dapat juga bersukan dalam pejabat. Keluar juga peluh dari duduk saja balik rumah awal-awal habis kerja. Macam mana boleh terjebak? Ini semua kerana rakan sekerja aku iaitu Azizi yang mengajak aku bermain.
"Ala ketuk-ketuk aje nanti mesti hang ketagih!"
Cis! Menjadi betul apa dia kata! Hehe! Bukan ketagih benda bukan-bukan tapi Ping Pong. Tapi puas la dapat main 1/2 jam atau sejam. Dapat menaikkan stamina aku yang sudah lama pancit semenjak kerja. Semalam bermain beregu bersama Rahimi, Azizi dan juga Mat. Aku juga menyaksikan permainan antara Azizi, Abang Anuar Polis Bantuan, Haji Rashid dan juga Din. Wah! Bukan main laju permainan mereka.
Bersukan seperti ini dapat menghilangkan tekanan kerja disamping itu dapat mengalihkan minat dalam hal-hal automotif. Lagi habis duit. Lagi pun selepas ini aku perlu fokus kepada peniagaan yang akan berjalan tidak lama lagi. Harap-harap aku dan rakan-rakan yang terlibat akan berjaya.
Malam nanti, Ping Pong lagi
Sebelum aku beransur dari internet aku kongsi sedikit tanda-tanda terkena santau angin. Aku ambil daripada Wanita Hari Ini bertarikh hari ini.
- Nafas berbau
- masalah penyakit kulit
- haid tidak betul – lebih 14 hari
- sakit tulang belakang
- sendi2 utama lemah
- berubah perangai secara mendadak
- kuku menjadi biru
- kelopak mata hitam atau biru
- mimpi – benda tajam, jatuh dari tempat tinggi, miang-miang buluh, habuk kaca, mimpi ngeri
Aku masih berfikir perlukah aku membekalkan lagi info Pelepasan Barang dari Tahanan Kastam seperti blog lama aku yang mencecah 700 komen? Aku akan paparkan jika aku rajin dan dengan sokongan anda semua pembaca.






