Posts tagged pos malaysia berhad

image001-1.jpg

Setem Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2012

1

Salam tahun baru kepada rakan-rakan semua. Khas untuk penggemar setem dan rakan-rakan, kali ini admin nak promosikan produk filateli terbaru Pos Malaysia Berhad (PMB) iaitu SetemKu Ucapan. Bahagian filateli PMB mengeluarkan setem khas bertemakan Tahun Baru China 2012 di mana dengan RM 20 anda bukan sekadar mendapat setem sahaja. Admin memang minat mengumpul setem jadi admin nak kongsi lagi maklumat mengenai setem ini.

Setiap pembelian anda akan memiliki:

  1. 1 helaian SetemKu Ucapan
  2. 1 bingkai setem
  3. 1 sampul pengeposan lengkap bersetem RM 0.80

image001 (1)

Setem yang terhad keluarannya ini hanya dijual di semua kaunter pejabat pos besar dan pejabat pos terpilih sahaja. Paling penting ianya hanya dijual dari 3 Januari 2012 hingga 3 Februari 2012 selagi stok masih ada. Stok amat terhad. Jadi mari dapatkan kerana setem ini hanya dikeluarkan sekali.

Tak sabar admin nak tunggu tema Setemku Ucapan yang lain selepas ini. Teruskan membaca untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai setem ini.

(more…)

kempen.png

Jom Ke Kempen Bulan Keselamatan di Pos

0

Anda semua dijemput ke perkarangan Pejabat Pos Butterworth. Pada hari Isnin 20 Jun 2011 bertempat di perkarangan Pejabat Pos Butterworth akan diadakan pameran sempena Kempen Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Selepas membuat urusan di kaunter, jangan lupa melawat pameran ini.

Info pameran:

Tarikh: 20 Jun 2011
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Perkarangan Pejabat Pos Butterworth

kempen

Aktiviti yang ada adalah:

  • Pameran Keselamatan daripada Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Polis Diraja Malaysia.
  • Aktiviti menderma darah.
  • Perasmian oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Hadi Bin Hamid selaku Pengurus Operasi Negeri (Posmel).

Saya akan berada di sana seawal 9.00 pagi. Mari bersama Bicarahati.com memeriahkan Pameran ini! Esok saya akan muat naik suasana pameran ini untuk anda.

iklan-kerani-c2.jpg

Tawaran Jawatan Kerani Pos Gred C2

Mungkin di luar sana masih ada yang mencari pekerjaan. Mengapa tidak mencuba salah satu peluang yang ada. Bekerja sebagai kerani di Pos Malaysia Berhad seperti saya dan ribuan rakan-rakan lain. Bicarahati.com mengucapkan terima kasih kepada Puan Sheza (ASSM Posniaga) atas info ini. Cepat bertindak sebelum tarikh tutup. Sila lihat iklan tawaran di bawah.

* Klik gambar untuk besarkan gambar.

iklan-kerani-c2

Bertindak cepat dan semoga berjaya di dalam permohonan anda. Mana tahu kita mungkin menjadi rakan sekerja?

Pos Malaysia Berhad

1

Salam sejahtera buat anda semua. Saya mulakan dengan terima kasih kepada Cik Sheza dari bahagian Posniaga Pos Malaysia Berhad Pulau Pinang kerana sudi melawat blog yang tidak seberapa ini. Kemaskini entri terbaru agak perlahan kerana masalah kerosakan modem yang belum diganti. Sedikit sibuk sekarang ditambah dengan cuaca hujan menyukarkan sedikit untuk singgah ke sana sini. Tujuan saya merancang entri mengenai Pos Malaysia Berhad ini adalah sebagai menyahut cabaran korporat dalam bersama memantapkan rangkaian pos ini sendiri. Sebagai seorang pekerja, selain memberikan usaha yang gigih ini adalah sumbangan saya terhadap syarikat.

Buat pengetahuan anda semua, bermula di minggu depan, saya akan membawakan entri-entri berkaitan Pos Malaysia Berhad atau lebih tepat lagi mengenai produk dan servis yang boleh anda dapati di pejabat pos. Pasti anda di luar sana membayangkan pembayaran bil, poslaju, memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, setem dan juga surat. Tetapi apa yang ditawarkan oleh Pos adalah lebih daripada itu. Anda ingin tahu? Mulai mingu depan saya akan menerangkan secara ringkas dan mudah untuk anda mengenali apa yang kami tawarkan untuk pelanggan di luar sana iaitu anda.

Akan datang ke lokasi anda. Kami kini bergerak memenuhi kehendak anda terus di lokasi. Nantikan kemunculan Pos On Wheel yang lengkap dengan capaian satelit serta mampu melakukan urusan sama seperti di outlet kami!

Info: Pos Malaysia Berhad mempunyai 700 pejabat pos, 300 pos mini dan 100 wakil pos di seluruh Malaysia.

 

 

Futsal Pos Malaysia Berhad Pulau Pinang

0

Hari ini agak menarik kerana saya sekeluarga sama-sama memeriahkan karnival futsal Pos Malaysia Berhad Pulau Pinang yang berlangsung di Safira. Kami turun memberikan sokongan kepada pasukan yang terdiri dari rakan-rakan sekerja iaitu Red Dragons FC dan semua pasukan yang sudi menyertai acara futsal ini. Selepas ini bowling mungkin?

Sedikit tatapan gambaran aktiviti hari ini. Untuk gambar selanjutnya anda boleh ke fan page Pos Malaysia Berhad Pulau Pinang.

Bergambar bersama Bos

Penulis bersama Red Dragon FC

Go to Top