Semalam kebanyakan rakyat Malaysia pada fikiran saya tertumpu di kaca televisyen masing-masing kerana menyaksikan perlawanan akhir antara Malaysia dan Indonesia bagi merebut Juara Piala Suzuki-AFF yang berlangsung di stadium Gelora Bung Karno, Indonesia. Syabas buat pasukan Malaysia yang berjaya membenam Indonesia dengan Agregat 4-2 seterusnya menjuarai Piala Suzuki-AFF yang telah lama di nantikan selama 14 tahun.
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini, 31 Dis sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki-AFF 2010.
Sumber: Bernama
Jadi, kita seluruh rakyat Malaysia akan bercuti pada esok iaitu 31 Disember. Terima kasih diucapkan. Namun ada segelintir pihak tidak bersetuju dengan pemberian ini kerana Malaysia mempunyai cuti yang cukup banyak kerana adanya 3 kaum di Malaysia. Masing-masing ada pendapat yang ada diantaranya saya fikirkan agak bernas. Ada yang membantah dengan alasan bagaimana nak meransang ekonomi negara jika setiap kali pasukan negara bertanding, menang dan cuti kembali. Saya sendiri tidak begitu arif tapi syukurlah adanya cuti tersebut. Dapat bersama keluarga lebih lama. Sabtu dan Ahad pula penuh dengan kenduri kahwin.
Anda bagaimana? Setujukah dengan cuti ini? Mungkin dari sektor perniagaan ada yang menerima tempiasnya tapi strategi perniagaan masing-masing.
Memandangkan esok cuti apa rancangan anda? Baru tadi isteri mengantar sms mencadangkan supaya menonton wayang Janin. Jadi mari kita ramai-ramai isikan waktu berkualiti untuk keluarga.
Akhir kata, sedikit kecewa dengan prestasi permainan pasukan bola sepak negara. Harap anda mantapkan lagi permainan biar ia bisa yang membunuh. Biar mendengar nama Malaysia akan guguplah di hati lawan. Terima kasih Pasukan Bola Sepak Negara.
Sikap penyokong Indonesia:
National coach K. Rajagopal, manager Datuk Subahan Kamal, assistant secretary of the FA of Malaysia (FAM) Kelly Sathiraj and assistant coach Tan Cheng Hoe were given a hostile reception when they walked onto the pitch to check on the playing conditions.
The fans showed the thumbs down sign and jeered at them before their Indonesian counterparts led by Austrian coach Alfred Riedl trooped in to a rousing welcome.
It was the same when the national anthem was played. The Indonesian fans showed their ugly side, jeering and gesturing at the Malaysians when the Negaraku was played.
Sumber: The Star
Salam sejahtera kepada semua yang sudi melawat ke blog ini. baru-baru ini aku kembali bermain satu sukan yang sudah lama sangat aku tinggalkan, Ping Pong. Dapat juga bersukan dalam pejabat. Keluar juga peluh dari duduk saja balik rumah awal-awal habis kerja. Macam mana boleh terjebak? Ini semua kerana rakan sekerja aku iaitu Azizi yang mengajak aku bermain.