Posts tagged malaysia

Awat Hang Tak Cakap Utagha?

4

Salam sejahtera buat semua pembaca, rakan-rakan, blogger dan anda yang membaca entri ini. Terdetik pula admin nak kupaskan hal mengenai loghat atau pun kita kenali sebagai dialek. Syukur kita hidup makmur dengan majmuk di Malaysia ini. Tidak lupa ktia punya banyak etnik dan negeri. Masing-masing mempunyai dialek tempatan yang unik dan menarik.

Admin dilahirkan di Pulau Pinang namum admin boleh bertutur tidak kira dialek selatan atau utara. Ini kerana walaupun admin dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang, admin mempunyai saudara mara di sebelah selatan tanah air. Papa admin berasal daripada Johor dan Mama berasal dari Pulau Pinang.

Jadi apa kes dengan dialek sampai admin buat entri? Sebenarnya hari ini ada seorang berkata kepada admin:

Aku bencilah betoi budak tu. Beghapa lama dah dudok Penang dok cakap pelat KL lagi. Tak gheti-gheti nak cakap utagha. Tak bercampoq langsung ka?

 

(more…)

Outing Di Sekitar Penang

4

Salam sejahtera semua. Sebenarnya bukan tidak mahu update blog tapi apabila semangat datang, hosting bermasalah. Terasa nak berpindah rumah rasanya. Pindah hostinglah kiranya. Tak kisahlah semua itu. Semalam admin pergi outing bersama seorang rakan admin yang baru memiliki Nikon D3100. Menarik dan mantap. Semangatnya pun tinggi dalam memahirkan diri. Admin dalam tak berapa sihat pun turut serta. Puas admin bermain mode Manual.

Pday 2

Saudara Pday aka Bintang Utara

Admin pun masih baru lagi dalam bidang ini. Kalau ada pembaca sudi berkongsi ilmu dengan admin dan rakan pembaca lain, bolehlah ajak admin outing bersama di sekitar Pulau Pinang atau berdekatan. Klik untuk lihat gambar-gambar lain.

(more…)

Setem Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2012

3

Salam tahun baru kepada rakan-rakan semua. Khas untuk penggemar setem dan rakan-rakan, kali ini admin nak promosikan produk filateli terbaru Pos Malaysia Berhad (PMB) iaitu SetemKu Ucapan. Bahagian filateli PMB mengeluarkan setem khas bertemakan Tahun Baru China 2012 di mana dengan RM 20 anda bukan sekadar mendapat setem sahaja. Admin memang minat mengumpul setem jadi admin nak kongsi lagi maklumat mengenai setem ini.

Setiap pembelian anda akan memiliki:

  1. 1 helaian SetemKu Ucapan
  2. 1 bingkai setem
  3. 1 sampul pengeposan lengkap bersetem RM 0.80

image001 (1)

Setem yang terhad keluarannya ini hanya dijual di semua kaunter pejabat pos besar dan pejabat pos terpilih sahaja. Paling penting ianya hanya dijual dari 3 Januari 2012 hingga 3 Februari 2012 selagi stok masih ada. Stok amat terhad. Jadi mari dapatkan kerana setem ini hanya dikeluarkan sekali.

Tak sabar admin nak tunggu tema Setemku Ucapan yang lain selepas ini. Teruskan membaca untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai setem ini.

(more…)

Air Pasang Besar Ombak Rindu

1

Salam semua. Takziah saya ucapkan kepada semua yang terlibat dengan insiden air pasang besar baru-baru ini. Semoga kalian tabah menghadapi dugaan ini. Kepada orang ramai patuhi nasihat Majlis Keselamatan Negara dengan menjauhi kawasan pantai dikhuatiri sesuatu yang buruk akan berlaku.

Air Pasang Besar

Adakah ini ada kaitan dengan filem Ombak Rindu? Sila klik untuk paparan penuh imej.

Inikah Internet Yang Kita Mahukan

3

Jika dihitung masa saya di cyber cafe (cc) dan internet tidaklah lama tapi cukup saya membuat  pemantauan terhadap pengguna-pengguna yang mampu saya lihat. Tidak kira pelbagai lapisan masyarakat, masing-masing tahu menggunakan enjin carian (search engine) seperti Google dan Yahoo. Internet juga menyediakan kita dengan pelbagai bahan. Baik atau buruk terpulang kepada diri masing-masing. Jika anda dewasa maka berfikirlah secara dewasa, bimbinglah yang lebih muda ke arah jalan yang betul. Setelah apa yang mampu internet berikan kepada kita wajarkah teknologi itu sendiri disalahkan?

Mari saksikan sedikit kata kunci yang gunakan ketika bermain dengan Google. Adakah ini yang kita mahukan?

Bertudung

Perempuan

Melayu

Main

Kakak

Banyak lagi kata kunci yang secara tidak sedar mampu merosakkan minda rakyat. Apakah teknologi wajar dipersalahkan? Tepuk dada tanyalah diri anda.

Tahniah kepada semua rakyat Malaysia termasuk saya. RON 97 naik sepuluh sen lagi menjadikan ia RM 2.40/liter. Tahniah kerana bakal menaikkan lagi harga-harga barangan keperluan selepas ini.

Go to Top