Saya ingatkan harta Ismek Ulam Raja hanyalah di dalam filem P Ramlee saja… Saksikan…

Semalam saya singgah ke Kamdar seketika untuk membeli kain pasang. Isteri ingin buat baju kurung baru. Saya mesti wajib masuk Kamdar bersama dia sebab saya menjadi tukang pilih aka tukang komen. Menarik sebenarnya memilih kain ini. Kombinasi warnanya buat mata saya segar. Ketika tengah membelek-belek gulungan kain yang ada di situ, nama kain buat saya nak ketawa kadang-kadang.

Saya ingatkan Metallica buat album ROCK saja!

Boleh memupuk minat jadi angkasawan wanita pertama Malaysia!
Banyak lagi nama-nama jenis kain yang paling kerap menggunakan nama selebriti. Tidak percaya? Cubalah anda ke gedung kain.
Gambar ini diambil oleh saya sendiri lama dahulu tetapi ketika mengemaskini telefon saya terjumpa gambar sebuah kereta BMW milik Kastam Diraja Malaysia daripada Pasukan Gerak Cepat. Lokasi Gambar di McDonald's Seberang Jaya. Belum berjumpa lagi dengan Evo X PDRM masuk drive-thru

Kita pernah mendengar pelbagai jenis tabung. Tabung simpanan, tabung ayam, tabung buluh dan bermacam-macam lagi tabung. Tetapi, Tabung Dara?
* Perhatian gambar ini tidak diolah. Lokasi gambar: Hospital Kepala Batas.

Terima kasih buat semua warga Hospital Kepala Batas atas jagaan dan layanan baik anda
Minggu sudah seperti biasa saya lama tidak ke bundle. Singgah sebentar namun tiada yang RARE dan menawan hati. Agaknya apalah rumus itu ya?
