Posts tagged kahwin
Nak Kahwin Lagi
0Terima kasih kepada Pday dan Farina kerana menghantar emel ini. Ayuh, jenaka petang.
Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two, “tiga” isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu “Singular”; dua atau lebih “Plural”
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je, kan?
Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi…
Sentuhan Kreativiti Yuana
0Anda mahukan sentuhan seni kreatif sebagai hantaran atau pemberian di majis atau buat si dia? Apa sahaja anda namakan saja. Sentuhan kreatif Yuana akan memberikan impak dalam apa lalui atau rancang. Majlis pertunangan? Perkahwinan? Hadiah? Tiada masalah lagi. Semuanya hanya dihujung jari anda. Tiada kebuntuan lagi yang dapat menghalang anda. Kini dipersembahkan sentuhan kreatif Yuana Salleh untuk anda.
Untuk maklumat lanjut sila lihat Sentuhan Yuana.






