Bertuah Dapat Sesi Fotografi Percuma

Salam sejahtera buat semua pembaca dan rakan-rakan semua. Seperti yang dijanjikan, admin telah pun memilih siapa yang bertuah menjalani sesi fotografi percuma yang dianjurkan oleh Bicarahati dan KartelKandid. Pening juga admin dan panel memilih tapi apakan daya barang baik datang tak banyak.

Bicarahati.com & KartelKandid
Lensa old school yang amat admin sayang :)

Pemenang yang dipilih oleh panel adalah:

  1. Cik Rose Cute
  2. maisharah
  3. Nurul Hanis Anasa

Terpilih untuk Projek KhasGadis PekanProjek ini akan admin akan umumkan selepas perbincangan dengan beliau. Orang jauh nie korang tahu tak? Hehe. Sebab situasi dia lebih kurang macam admin.

Admin sebenarnya melunaskan nazar kerana apa yang admin inginkan tercapai. Alhamdulillah inilah cara admin bersedekah dan berkongsi dengan semua pembaca. Kelak admin akan adakan lagi sesi giveaway ini kerana antara tujuan admin adalah untuk menggalakkan orang ramai mengenali apa itu fotografi. Admin juga masih belajar apa itu fotografi dan admin mahu kalian bersama belajar dengan admin.

Kepada yang terpilih, admin akan hubungi anda melalui emel untuk maklumat lanjut.

[Giveaway] Sesi Fotografi Percuma

Seperti yang admin khabarkan semalam di fan page, entri kali ini adalah Giveaway Sesi Fotografi Percuma! Admin akan memilih 3 orang dari kalangan pembaca dan di fan page untuk dipotretkan di sekitar Pulau Pinang. Anda akan dapat koleksi gambar anda serta gambar yang terbaik akan admin bingkaikan secara PERCUMA! Admin akan luangkan masa 1 – 3 jam secara PERCUMA menjadi jurugambar anda.

Aperture II

Sekiranya anda terpilih, anda boleh membawa sehingga 4 orang untuk sesi bergambar anda. Yang layak untuk sesi bergambar percuma ini adalah Couple, Suami Isteri, Keluarga dan Kawan.

Anda berminat? Syaratnya adalah:

  1. Anda hanya perlu LIKE fan page Bicarahati.com
  2. Komen di entri ini tentang mengapa anda mahukan sesi fotografi percuma ini. Komen yang terbaik akan admin hubungi melalui emel jadi pastikan kalian menggunakan emel yang betul di ruangan komen.
  3. Bagi yang terpilih, anda boleh membawa hingga 4 orang termasuk anda bagi sesi fotografi percuma.
  4. Sesi fotografi percuma ini adalah untuk Couple, Suami Isteri, Keluarga dan Kawan.
  5. Anda berada di Pulau Pinang untuk sesi fotografi.

Percuma Untuk Anda:

  1. Sekeping DVD mengandungi gambar sepanjang sesi Fotografi anda.
  2. 1 – 3 jam sesi Fotografi percuma.
  3. Sekeping gambar yang terbaik akan dibingkaikan.

Tarikh Tutup Permohonan adalah 29 Febuari 2012.

Pakej Fotografi Percuma ini dibawakan kepada anda oleh KartelKandid dan Bicarahati.com. Jika berjaya admin akan tambah lebih peluang untuk sesi fotografi percuma ini.

Free Wallpaper Bicarahati #1–Memori

Kali ini saya pertama kalinya membawakan wallpaper percuma untuk anda semua menggunakan imej yang saya ambil sendiri. Wallpaper adalah percuma. Klik imej untuk muat turun. Imej ini diambil di luar rumah. Kredit kepada pemilik basikal, anak jiran sebelah rumah saya. Kos adalah FREE.

memori

Masih ingatkah teman-teman anda sewaktu kecil dahulu? Resolution adalah 1280×800.

Kalau rajin komen-komenlah sikit yer :P

Percuma Fruit Ninja HD Untuk Anda

Salam sejahtera buat anda semua. Hari ini saya membawa sedikit info buat anda yang minat bermain games. Fruit Ninja tidak asing lagi bagi pengguna Iphone dan Ipod Touch. Ia juga telah berada dalam pasaran perisian Android dan kini untuk anda yang tidak memiliki gajet-gajet canggih, mari main permainan yang menyeronokkan ini di komputer anda! Pasti terasa ingin minum jus buahan kan?

fruit ninja

Percuma sehingga 10 Julai 2011

Continue reading

Burger McChiken Percuma Hari Ini Sahaja

Salam sejahtera semua. Saya terima maklumat ini dari blog mp3japan dan sumber asalnya di laman web McDonalds Malaysia. Hari ini McDonalds melancarkan promosi tengah bulan dengan mengadakan pemberian burger McChiken secara percuma dengan setiap pembelian McChiken yang disertakan dengan kupon yang perlu anda cetak. Hitam putih pun boleh. Jadi untuk anda semua beli 1 dapat 1! Hanya untuk hari ini sahaja.

Klik gambar di bawah untuk muat turut kupon dan jangan lupa cetak serta berikan kepada petugas ketika anda memesan McChiken.

Klik gambar untuk muat turun kupon