Salam tahun baru kepada rakan-rakan semua. Khas untuk penggemar setem dan rakan-rakan, kali ini admin nak promosikan produk filateli terbaru Pos Malaysia Berhad (PMB) iaitu SetemKu Ucapan. Bahagian filateli PMB mengeluarkan setem khas bertemakan Tahun Baru China 2012 di mana dengan RM 20 anda bukan sekadar mendapat setem sahaja. Admin memang minat mengumpul setem jadi admin nak kongsi lagi maklumat mengenai setem ini.
Setiap pembelian anda akan memiliki:
- 1 helaian SetemKu Ucapan
- 1 bingkai setem
- 1 sampul pengeposan lengkap bersetem RM 0.80

Setem yang terhad keluarannya ini hanya dijual di semua kaunter pejabat pos besar dan pejabat pos terpilih sahaja. Paling penting ianya hanya dijual dari 3 Januari 2012 hingga 3 Februari 2012 selagi stok masih ada. Stok amat terhad. Jadi mari dapatkan kerana setem ini hanya dikeluarkan sekali.
Tak sabar admin nak tunggu tema Setemku Ucapan yang lain selepas ini. Teruskan membaca untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai setem ini.