Buku Kod Tarif dan Cukai

Banyak persoalan yang datang melalui komen atau pun emel bertanyakan di mana hendak menyemak kod tarif dan peratusan cukai terhadap barangan import. Di pejabat saya agen menggunakan 2 saluran iaitu secara maya di laman Myports dan juga Buku Kod Tarif yang mana menjadi rujukan sesiapa sahaja yang berurusan dengan aktiviti import terutamanya agen perkapalan (shipping and forwarding agent) dan kastam. Saya tidak pasti di mana anda boleh membeli buku ini tetapi dengan gambaran yang diberikan diharap anda dapat mencarinya. Penggunaan buku ini tidak semudah mencari maksud perkataan di dalam kamus. Adakalanya ia agak mengelirukan dengan pemahaman yang sedikit.

Buku Kod Tarif

Muka Surat Pertama

Bajet 2011 Malaysia

Semalam jam 4 petang bermulalah sesi bajet 2011 Malaysia. Ada yang anda semua tunggu? Ada yagn sedikit kecewa? Apa pun diharap bajet 2011 akan lebih memantapkan ekonomi dan kemajuan Malaysia. Apa yang saya cari dalam bajet 2011? Saya suka beli barang jadi saya hanya tumpu pada bahagian cukai. Anda pula? Kita juga melihat di mana bajet 2011 akan menumpukan kepada pembangunan koridor yang memberi peluang kepada kontraktor Malaysia. Berikut adalah inipati bajet 2011 yang disenaraikan oleh Bernama.

Continue reading

Tahanan Kastam Pejabat Pos

Salam sejahtera buat semua pengguna dan pembaca sekalian. Hari ini saya akan berkongsi sedikit info berkaitan Pelepasan Barangan Kastam di Pejabat Pos. Pos ini akan dikemaskini dari masa ke semasa untuk membekalkan anda dengan info berkaitan. Sebab ramai yang bertanya dan masih keliru tentang hal ini. Pos ini akan saya mulakan dengan beberapa soalan lazim.

Soalan: Kenapa barangan saya ditahan kastam?
Jawapan: Barangan anda disyaki melebihi nilai pengecualian cukai. Sebarang pertanyaan sila ajukan pada Kastam.

Soalan: Barang apa yang ada cukai?
Jawapan: Ada ribu/juta barang yang disenaraikan. Dapatkan buku kod tarif kastam.

Soalan: Barang saya di dalam nilai pengecualian cukai tapi kenapa kastam tahan. Invoice pun ada di kotak.
Jawapan: Ajukan soalan anda terus pada Kastam.

Soalan: Saya dapat Notis Tahanan PK1 berkaitan barang yang saya pesan dari luar negara. Apa perlu dilakukan?
Jawapan: Baca. Jika tidak faham, baca lagi. Secara serius, baca lagi.

Soalan: Kenapa Pos malaysia Berhad tahan barang saya?
Jawapan: Pos Malaysia Berhad tidak pernah menahan barang anda. Kastam yang isu arahan untuk tahan bungkusan yang berkenaan.

Soalan: Semua barang boleh import? Cuma kena bayar cukai saja?
Jawapan: Tidak semua benda boleh import terus. Ada yang memerlukan permit import (AP) dan kebenaran khas dari agensi kerajaan yang lain.

Soalan: Berapa nilai yang kena cukai?
Jawapan: Baca pos ini hingga habis.

Soalan: Berapa nilai kena buat borang kastam K1?
Jawapan: Baca pos ini hingga habis.

Soalan: Bukankah maklumat ini daripada blog BicaraKita.org?
Jawapan: Blog tersebut adalah milik saya juga tetapi sudah tamat tempoh kerana kurang sokongan kewangan.

Ramai orang sebenarnya yang mengenali saya sering bertanya tentang hal ini. Mengapa? Sebab pekerjaan saya berkaitan dengan perkara ini. Sudah banyak pelanggan yang saya jumpa masing-masing masih kabur tentang semua prosedur kastam ini. Jadi saya dengan sedikit maklumat ingin berkongsi dengan anda tentang maklumat membuat pelepasan bungkusan daripada pejabat pos yang ditahan kastam.

Segmen ini dikendalikan secara sukarela oleh saya dan juga cheazni.

Situasi: Pejabat Bungkusan Pos Tahanan Kastam, Butterworth

  1. Setiap bungkusan yang ditahan kastam akan dihantar notis kepada pihak penerima. Notis tersebut dipanggil Notis PK1 Tahanan dan Perlantikan Agen. Saya tidak pasti di negeri lain dipanggil apa tetapi pucuk pangkalnya jika barangan ditahan oleh pihak kastam di pejabat pos, anda akan mendapat notis.
  2. Anda sudah pun mendapat notis. Jadi, anda perlu ke Bahagian Tahanan Kastam di Pejabat Pos yang dinyatakan. Apa yang perlu anda bawa? Invoice dan lain-lain keterangan berkaitan nilai.
  3. Sudah sampai? Sila ke kaunter dan tunjukkan surat anda. Lepas itu ikut arahan selanjutnya dari situ. Apa soalan ajukan kepada pihak kastam terutamanya tentang penahanan bungkusan dan cukai.

Tarif Bercukai dan Pengecualian.

Penghantaran Melalui EMS
Nilai Barang + Kos Pengeposan = < RM 500 (Dikecualikan cukai)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = > Rm 500 (Dikenakan cukai sekiranya barang ditaksir bercukai)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = > RM 1000 (Jika Bercukai, akan dikenakan Borang Ikrar Kastam K1 dan dicukai)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = > RM 1000 (Tidak Bercukai, tidak dikenakan borang ikrar)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = > RM 2000 (Tidak Bercukai, Dikenakan Borang Ikrar Kastam K1)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = > RM 10000 (Cukai atau tidak, Akan Kena borang K1A)

Penghantaran Melalui Udara (Airmail)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = < RM 500 (Dikecualikan cukai)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = > Rm 500 (Dikenakan cukai sekiranya barang ditaksir bercukai)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = > RM 1000 (Jika Bercukai, akan dikenakan Borang Ikrar Kastam K1 dan dicukai)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = > RM 1000 (Tidak Bercukai, tidak dikenakan borang ikrar)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = > RM 2000 (Tidak Bercukai, Dikenakan Borang Ikrar Kastam K1)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = > RM 10000 (Cukai atau tidak, Akan Kena borang Ikrar Kastam K1A)

Penghantaran Melalui Laut (Seamail)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = < RM 200 (Dikenakan cukai sekiranya ditaksir bercukai)
Nilai Barang + Kos Pengeposan = > Rm 200 (Bercukai atau tidak, akan dikenakan Borang Ikrar Kastam K1)

Borang Ikrar Kastam K1 tersebut turut memerlukan dokumen sokongan seperti kebenaran atau Permit dalam kes-kes tertentu seperti import handphone dan lain-lain berkaitan.

Bagaimana Cukai Dikira

Cukai dikira berdasarkan nilai barangan anda dicampur dengan kos pengeposan (shipping).

Update: Mengambil kira tugas saya yang kini tidak lagi berkaitan dengan tugas tahanan kastam yang mana saya telah bertukar jabatan/tugas saya bercadang untuk menutup komen di entry ini kerana saya sukar mendapatkan rujukan seterusnya membantu anda. Saya tidak lagi boleh menjawab berapa peratusan cukai dan kod tarif untuk anda.

Bicarahati.com tidak mempunyai akses lagi ke sumber rujukan

Sebarang pertanyaan berkaitan kod dan peratusan cukai tidak lagi akan dijawab.

Pihak Bicarahati.com memohon maaf atas kesulitan ini.

Untuk rujukan selanjutnya saya menyediakan beberapa pautan berkaitan dengan import eksport untuk anda.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

  • Rujuk laman rasmi JKDM.

Kod tarif dan Peratusan Cukai

Agensi Kerajaan Berkaitan Import