1 Malaysia Motor-Fest Drag Racing Round 1

Sekali lagi MUSC Motosports yang tidak asing lagi dengan acara Drag memulakan tirai drag 2011 dengan acara 1 Malaysia Motor-Fest Drag Racing pusingan pertama di Kedah. Jadi kepada semua pemilik jentera drag sama ada motosikal dan kereta marilah bersama memeriahkan acara ini. Enjin kuat-kuat inilah masa untuk melihat kemampuannya dengan cara yang sah dan selamat serta diiktiraf.

Date – 23rd (Saturday) & 24th (Sunday) April 2011
Time – 08:30 am – 00:30 am
Venue – Taipan Square (Near JPJ & Puspakom), Sungai Petani, Kedah DA
Track Powered By – Portatree Drag Racing System Inc.
Secured By – Interlock Steel Barricades
Marshaling Team – MUSC Motorsports

More info kindly contact 016-668 1490 (ahkau), 017-915 8816 (arep) or 012-261 9501 (paeh). Drag Racing Isn't A Crime!

Klik gambar untuk ke laman rasmi MUSC di Facebook!

Cap Jari Hidupkan Kenderaan

Cap jari hidupkan kenderaan? Alternatif lain daripada menggunakan kunci adalah menggunakan butang starter. Seperti yang kita boleh lihat dalam kereta-kereta mewah. Tapi, kini anda boleh menggunakan cap jari menghidupkan kenderaan anda. Tidak cukup dengan itu, anda boleh menghadkan orang tertentu sahaja yang boleh menghidupkan kenderaan anda.

Alat ini secara asasnya sebuah sistem yang menggunakan pengkalan data dan juga pengimbas cap jari. Anda boleh merekod cap jari individu tertentu supaya mereka boleh menghidupkan kenderaan anda. Mesti anda terfikir bagaimana jari anda dipotong pencuri yang ingin melarikan kenderaan anda? Itu juga sudah diambil kira. Sistem ini turut merekodkan suhu badan, tekanan darah dan kadar denyutan nadi anda. Sudah pasti jari yang terpotong tidak mempunyai nadi. Untuk menyimpan semua maklumat tersebut, pereka sistem ini menyatakan ia tidak mengambil proses yang lama.

Continue reading