Semalam apabila melihat wall facebook, terlihat satu video rakaman sesi seorang DJ X FM dengan Samad, seorang penjual burger yang cuba menyelamatkan pertunangannya dengan seorang gadis bernama Cheryl/Cherry (saya kurang jelas). Boleh dengarkan di sini jika anda belum dengarkan ia. Selepas dengar mari bincangkan di sini ya
Sudah dengar? Apa pendapat anda? Rasa nak marah? Nak maki? Nak macam-macam lagi? Ayuh, simpan rasa kemarahan anda itu. Lunaskan ia dengan cara yang lebih lembut. Tidaklah kurang pahala puasa anda itu
Kasihan juga pada si Samad ini namun ada banyak perkara kita boleh belajar dari rakaman tersebut.
Wang ringgit memang penting dalam kehidupan kita. Namun perlukah kita jadi hambanya? Kita semua hamba kepada yang Maha Esa. Jangan kita sekutukan dia dengan bertuhankan wang riggit dan kebendaan dunia. Pertama kali mendengar rakaman tersebut saya juga agak marah namun saya bertenang dan cuba berfikir. Dari satu sudut dia benar tetapi dari sudut lain memang terlalu materialistik. Ini memang meterialistik yang sebenar, di mana kita lihat wanita tersebut secara terus terang menyatakan betapa dia mahukan kekayaan. Orang begini mampu dibeli dengan wang ringgit.
Mungkin antara mereka ada isu lain yang tidak kita ketahui tetapi mereka ini sudah pun bertunang. Hairan juga wanita ini terima pinangan si Samad kita ini. Jika tidak suka dari awal lagi si wanita tersebut patut memutuskan hubungan dengan si Samad kerana berpandangan bahawa Samad tidak akan mampu membahagiakan dia dengan kebendaan. Tapi dari pandangan saya pula sikap kebendaan ini sebenarnya pasti akan terserlah lebih awal. Sama ada Samad memendamkan ia atau tidak sedar. Hanya Samad yang tahu. Jangan Samad jadikan ini cercaan kosong, jadikan ia satu pemangkin semangat untuk pergi jauh dari apa yang ada. Lepaskan semalam untuk menerjah hari esok.
Tidak dinafikan kepentingan wang dalam kehidupan kita. Kahwin juga perlu wang. Kerja juga perlu wang untuk mencari wang. Jika wang tidak penting mengapa pula kita bekerja dan berniaga? Ini adalah satu keperluan dalam kehidupan kita namun jangan sesekali menyasarkan bahawa kebahagiaan hidup berdasarkan kekayaan duniawi.
Saya sudah malas nak komen. Jom layan video Mulan Jameela menampilkan The Virgin dengan lagu Cinta Mati II. Cun juga Mulan tetapi jika rambut tidak karatlah. Haha!~
Cinta mati harus dijaga sampai mati
Jangan sampai ke lain hati
Nanti jadinya patah hati
Hati-hati menjaga hati
Mata hati