Hari ini saya sangat gembira kerana dinaikkan pangkat ke Pak Long. Ini kerana adik perempuan saya telah pun selamat melahirkan bayi sulung beliau yang sangat comel pagi tadi di Hospital Seberang Jaya. Tahniah buat beliau dan suaminya dan jagalah amanah dari Allah ini sepenuh jiwa kalian.
Nama: Nur Haslisha Umairah
DOB: 15 Jun 2011
Tempat Lahir: Hospital Seberang Jaya
Berat: 3.3 kg
Matanya mama kata sangat bulat ketika selepas lahir. Tak sabar nak tengok baby buka mata
Dari pengamatan saya wajahnya mirim kepada ayahnya dan matanya seperti ibunya. Bulatz!
Yay! Nanti nak shopping baju baby-lah buat anak saudaraku yang comel sangat!