Satu entri yang sedikit ringkas khas buat semua kaki download. Tahniah kepada kerajaan kerana setapak maju dalam membanteras gejala cetak rompak melalui digital dan internet. Namun satu komen yang amat menarik perhatian saya di laman facebook iaitu “Brain versus Brains”. Mungkin kaki download media sedikit kecewa namun saya pasti halangan ini akan dapat diatasi.
10 laman download yang akan dihalang akses anda kepadanya adalah:
- Warez-bb
- The Pirate Bay
- Movie2k
- Megavideo
- Putlocker
- Depositfiles
- Duckload
- Fileserve
- Filestube
- Megaupload
Rujukan [di sini].
Kerajaan dengan langkah ini diharap dapat membela nasib terutamanya artis dan penggiat seni. Namun bagi saya sendiri ini hanyalah sebilangan kecil dari punca masalah. Jika kita lihat sendiri di mana-mana dvd dan cd cetak rompak masih berleluasa. Tidak terbendung langsung pada pandangan saya. Hinggakan di pasar malam sendiri ada pihak menjual media cetak rompak secara terbuka.
Saya sendiri pernah memiliki dvd cetak rompak. Tapi sebab saya berlainan. Saya membeli dvd ceta Asia yang dicetak semua serta diedarkan oleh salah sebuah gedung cd/dvd yang mempunyai banyak cawangan di banyak pusat membeli belah. Kecewa dengan kualitinya saya terus patahkan serta buang dvd tersebut walau harganya lebih RM 30 ketika itu. Itulah yang membawa saya ke cetak rompak. Namun setelah beberapa kali menonton dvd cetak rompak tersebut, ianya rosak dan tidak boleh ditonton lagi. Akhirnya saya sendiri import dvd tersebut dari internet. Kali kedua saya beli anime dengan label Original di kedai tersebut. Akhirnya nasib sama seperti dvd yang awal tadi. Terus ke tong sampah. Hairan adakah ini produk yang Malaysia mahu rakyatnya tonton? Sampah dengan pixel pecah, sarikata merapu berbeza dengan sebutan dan macam-macam lagi terutamanya kualiti video.
Jika pihak berkuasa membuat serbuan ke atas kedai cetak rompak atau pun gudang mereka, tidak pernah dinyatakan bahawa mereka mendapat pihak yang terlibat. Yang dijumpai hanya berkotak-kotak barang cetak rompak. Siapa yang terlibat? Siapa tuan besar? Mana mesin yang digunakan.
Pingback: Opera Mini Atasi Sekatan SKMM? | Bicara Hati Antara Kita