Salam sejahtera buat anda semua. Saya mulakan dengan terima kasih kepada Cik Sheza dari bahagian Posniaga Pos Malaysia Berhad Pulau Pinang kerana sudi melawat blog yang tidak seberapa ini. Kemaskini entri terbaru agak perlahan kerana masalah kerosakan modem yang belum diganti. Sedikit sibuk sekarang ditambah dengan cuaca hujan menyukarkan sedikit untuk singgah ke sana sini. Tujuan saya merancang entri mengenai Pos Malaysia Berhad ini adalah sebagai menyahut cabaran korporat dalam bersama memantapkan rangkaian pos ini sendiri. Sebagai seorang pekerja, selain memberikan usaha yang gigih ini adalah sumbangan saya terhadap syarikat.
Buat pengetahuan anda semua, bermula di minggu depan, saya akan membawakan entri-entri berkaitan Pos Malaysia Berhad atau lebih tepat lagi mengenai produk dan servis yang boleh anda dapati di pejabat pos. Pasti anda di luar sana membayangkan pembayaran bil, poslaju, memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, setem dan juga surat. Tetapi apa yang ditawarkan oleh Pos adalah lebih daripada itu. Anda ingin tahu? Mulai mingu depan saya akan menerangkan secara ringkas dan mudah untuk anda mengenali apa yang kami tawarkan untuk pelanggan di luar sana iaitu anda.
Akan datang ke lokasi anda. Kami kini bergerak memenuhi kehendak anda terus di lokasi. Nantikan kemunculan Pos On Wheel yang lengkap dengan capaian satelit serta mampu melakukan urusan sama seperti di outlet kami!

Info: Pos Malaysia Berhad mempunyai 700 pejabat pos, 300 pos mini dan 100 wakil pos di seluruh Malaysia.
salam..nak tnya tentang kerani c2..apa prsediaan yang perlu saya wt utk pi interview ni ekk
omg!! u just did it!