PETA (The People for the Ethical Treatment of Animals), organisasi yang penuh kontroversi sekali lagi menyerang siri terbaru Super Mario iaitu Super Mario 3D Land untuk pelantar Nintendo 3DS.

Super Mario 3D Land untuk Nintendo 3DS
Isnin lalu PETA mengeluarkan kenyataan media menyelar Nintendo dan ikon Mario yang menggunakan sut Tanooki di dalam siri terbaru mereka iaitu Super Mario 3D Land.
“Tanooki mungkin hanya sut di dalam permainan ini, tetapi dengan menggunakan sut kulit haiwan, secara tidak langsung mereka menghantar mesej menggalakkan penggunaan pakaian daripada kulit dan bulu binatang” ulas PETA.

Mario di dalam Sut Tanooki
Sut Tanooki tersebut yang direka menyerupai raccoon membolehkan Mario terbang. Sut kuasa ini telah pun digunakan sejak diri Super Mario Bros 3 yang dikeluarkan pada tahun 1988. Namun begitu PETA masih lagi berkeras bahawa permainan ini menyebarkan mesej menggalakkan penderaan terhadap haiwan.
Nintendo masih lagi belum memberi sebarang komen. Ini pasti berbunyi seperti menepuk dahi sendiri. Facepalm.
[Sumber]
sekali pun xpernah habis men game mario. pelik jugak sebab game ni rasa lambat nak cekap. hehe
em. kekadang diorang buat ni bukan berniat begitu, cuma ini disalah anggap dan secara tak langsung menyampaikan mesej negatif. sepatutnya nilai dari pelbagai aspek sebelum dilancarkan.
Samalah kita Eddy. Duduk 2 jam tak setel2 lagi. Tue cara mario yang tahun 1988 tue. Ahahaha!~ PETA nie memang apa pon tak kena ngan diorang nie. PK yang dia jer.