Terbaca dari blog Puan Nudabuffy kita (sila lihat link promo), sekadar berkongsi pendapat sempit saya pula
Mungkin ada ramai pembaca yang tidak menyedari tentang kenaikan kadar setem bagi pengeposan surat melalui pejabat pos. Kenapa ada kenaikan? Ini adalah selaras dengan peningkatan kos yang naik agak mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Jika kita lihat lebih jauh ke dalam operasi PMB (Pos Malaysia Berhad) yang mempunyai kerjasama antara negara-negara lain, kos berurusan dengan mereka lebih tinggi kerana mereka terlebih dahulu menaikkan taraf setem dan cas perkhidmatan mereka. Untuk mengetahui kadar baru yang dikenakan oleh PMB, sila rujuk link ini.
Bagi mereka yang sudah lama berkhidmat dengan PMB, pasti anda amat biasa tentang hal kenaikan ini. Telah lama diusulkan oleh wakil kesatuan pekerja akhirnya menjadi realiti pada tahun 2010. Kadar ini kali terakhir dikemaskini pada tahun 1992 dan digunapakai hingga kenaikan pada Julai 2010 lalu. Kenaikan ini juga memberi harapan tinggi kepada semua warga PMB untuk mendapat gaji baru. Alhamdulillah walaupun sedikit kenaikannya tidak seperti yang digembar-gemburkan saya tetap bersyukur. Ini yang terbaik saya boleh dapat, padanlah dengan siapa diri saya kan? Jika dilihat antara sektor lain, gaji posmen dan kerani PMB boleh dikatakan rendah (melainkan eksekutif). Berlainan jika anda di dalam PMB sendiri, anda akan melihat satu realiti yang lain.
Sekarang ini PMB sendiri dalam proses mengoptimakan kos operasi dan juga memantapkan pengurusannya. Ini adalah pandangan saya berdasarkan apa yang saya lihat. Bagi saya sendiri walau masih banyak kepincangan berlaku harap semuanya dapat dibetulkan bagi menjamin kestabilan syarikat. Berikutan kenaikan kadar setem lalu melihatkan kenaikan nilai saham PMB di bursa saham yang mana telah lama berada di nilai rendah hingga mengurangkan keyakinan pemegang saham.
Saya sendiri mengharapkan dengan kenaikan ini akan memberi sinar baru kepada semua pekerja PMB. Harap barisan hadapan iaitu bahagian runcit atau pun petugas kaunter lebih mesra melayan pelanggan. Memang benar ramai yang merungut tentang tatacara petugas pos terutamanya yang berhadapan dengan pelanggan. Menurut pendapat Puan Nudabuffy, mereka ini bosan. Ada banyak perkara yang boleh membawa mereka kepada tingkah laku ini dan ini terjadi kepada semua sektor pekerjaan, termasuk tenaga pengajar, polis dan kakitangan kerajaan serta swasta.
Pengalaman saya berkerja dengan kaunter runcit tidak ada tetapi pengalaman yang manis bekerja di Bahagian Tahanan Kastam. banyak yang saya pelajari dengan pelanggan yang terdiri dari pelbagai lapisan dan bangsa. Di sini jugalah saya memahirkan diri saya dalam penguasaan Bahasa Asing. Melalui ini jugalah saya akhirnya bertemu apa yang menarik tentang kerja saya. Saya juga dikatakan oleh makin ramah oleh beberapa pelanggan dan kenalan.
Kepada semua warga PMB, harap kita lebih dedikasi dalam tugas kita serta menangkis tanggapan negatif terhadap kita seterusnya syarikat. Saya tahu kerja kita berat tetapi kerja insan lain di luar sana lebih berat. Majulah kesatuan Pekerja untuk PMB (LoL!).
Hihik, en shafique jangan kecit ati dengan saya ye. Ampun Bos!
Ngee!~ Jangan begitu eh? Hik3! Bukan per post awak pon mmg bukak minda saya. Alangkah bagusnya kalo orang2 berkaitan di atas sana tue (PMB) baca sebab mmg itu yang terjadi. Realiti tetap realiti kan? Tak der kecik ati la dayah, I just love the way u writes
Really inspire me u know