Seperti yang admin khabarkan semalam di fan page, entri kali ini adalah Giveaway Sesi Fotografi Percuma! Admin akan memilih 3 orang dari kalangan pembaca dan di fan page untuk dipotretkan di sekitar Pulau Pinang. Anda akan dapat koleksi gambar anda serta gambar yang terbaik akan admin bingkaikan secara PERCUMA! Admin akan luangkan masa 1 – 3 jam secara PERCUMA menjadi jurugambar anda.
Sekiranya anda terpilih, anda boleh membawa sehingga 4 orang untuk sesi bergambar anda. Yang layak untuk sesi bergambar percuma ini adalah Couple, Suami Isteri, Keluarga dan Kawan.
Anda berminat? Syaratnya adalah:
- Anda hanya perlu LIKE fan page Bicarahati.com
- Komen di entri ini tentang mengapa anda mahukan sesi fotografi percuma ini. Komen yang terbaik akan admin hubungi melalui emel jadi pastikan kalian menggunakan emel yang betul di ruangan komen.
- Bagi yang terpilih, anda boleh membawa hingga 4 orang termasuk anda bagi sesi fotografi percuma.
- Sesi fotografi percuma ini adalah untuk Couple, Suami Isteri, Keluarga dan Kawan.
- Anda berada di Pulau Pinang untuk sesi fotografi.
Percuma Untuk Anda:
- Sekeping DVD mengandungi gambar sepanjang sesi Fotografi anda.
- 1 – 3 jam sesi Fotografi percuma.
- Sekeping gambar yang terbaik akan dibingkaikan.
Tarikh Tutup Permohonan adalah 29 Febuari 2012.
Pakej Fotografi Percuma ini dibawakan kepada anda oleh KartelKandid dan Bicarahati.com. Jika berjaya admin akan tambah lebih peluang untuk sesi fotografi percuma ini.

Salam…atie join
Komen atie ada di link entry ini: http://atiezie82.blogspot.com/2012/02/giveaway-free-photography-session-in.html
"Softcopy gmbr perkahwinan & bulan made Atie & suami pada Mac 2008 dh lenyap sbb PC Atie kene sambar petir masa bekerja di Beaufort, Sabah pd Oktober 2008. Gmbr yg ada skrg hanya dikutip dr album facebook & friendster yg lama..nasib baik sempat di upload sedikit ketika itu tetapi kualiti gmbr amatlah kurang memuaskan..so, kami xde gmbr bersama yg berkualiti & berpixel tinggi. Jadi, Atie benar2 berharap dpt terpilih utk sesi fotografi ni. Atie & suami sanggup luangkan masa bersama ke Pulau Pinang untuk mengabadikan gambar kami di sekitar Pulau Pinang, berlatarbelakang kan pemandangan Jambatan Pulau Pinang, feri, mungkin juga Bukit Bendera (jika berkesempatan), Esplanade dan di mana sahaja, terserah kpd kreativiti KartelKandid kelak untuk merealisasikan impian Atie ini.. Mungkin trip ke Penang kelak menjadi kenangan bulan madu kami yg bakal diwarnai dgn gmbr2 yg diambil oleh KartelKandid @ bicarahati.com ^__^ "
email atie: atieneo07@gmail.com
tambah,malah sy rase ni lah peluang yg terdekat yg sy ada.tempat pon insyaallah boleh p.:)
salam.sy teringin sgt nk p photoshoot.sebab sy boleh belajar sesuatu yg baru.nak harap ade kamera dslr memang x lah huhu.teringin jugak nak ade gmbar yg nmpk cntik dan natural malah pelpagai gaya dan suasana.harap terpilih.:)
email: nurish_smaza@yahoo.com.my
sape yang tak suka join sesi fotografi? rasanya semua orang pun suka lagi-lagi kalau dapat sesi yang free punya. gambar yang di ambik oleh photographer professional nie memang jauh lagi berkualiti dan cantik la kalau nak compare dengan gambar yang sy dan kwn2 sy ambik sendiri.hehe .dari dulu saya sangat tertarik terhadap perkara-perkara berkaitan fotografi. tapi memandangkan saya just sorang student yang memang tak mampu nak miliki set fotografi/dslr sendiri, dan juga tak mampu nak bayar harga sesi fotografi dengan jurugambar2 professional yang semestinya mahal,,so minat tu saya pendam kan jela. sangat suka tengok hasil gambar yang diambil oleh photographer2 sekalian, sangat cantik. memang saya ada simpan hasrat yang satu hari nanti saya nak jugak buat sesi fotografi dengan mana-mana photographer, tapi kena tunggu dah kerja dulu la.hehe
bagusnya kalau saya terpilih untuk sesi fotografi free nie. kalau saya terpilih, mungkin sy boleh bawak bf sy yg jugak minat dalam bidang fotografi, berserta 3 orang kawan rapat sy. atau mungkin jugak sy boleh bawak kakak2 sy
tapi kan, macam x percaya plak ada orang nak kasi sesi fotografi free macam nie. pape pon, harap-harap saya terpilih.
btw sy da like fanpage Bicarahati.com
id fb sy : Beary Blossom
tak dan nak join dah kena reject.. :'(
Kamu nanti kenduri kawen n after kawen punya photoshoot
salam..
kerana ingin menjadi seseorang yang mengenal apa itu fotografi. Dan berminat untuk belajar dan mengetahui pose yang cantik semasa menangkap gambar.
Terima Kasih
Saya mahukan sesi fotografi percuma ini kerana gambar adalah sesuatu perkataan yang sebenarnya boleh dijadikan keperluan asas manusia zaman sekarang. Dan daripada statement itu juga, kita boleh kaitkan dengan kualiti sesuatu gambar. Dengar sahaja SESI FOTOGRAFI membawa sebuah maksud yang terang lagi nyata iaitu jika fotografi, jurugambar mestilah profesional sekali gus mahir dalam bidang ini. Cuba kita fikirkan dalam-dalam maksud tersebut dan akan mendapati bahawa jika profesional, sudah tentu gambar yang diambil atau dirakam berkualiti tinggi dan hebat. Berbalik kepada topik tadi, nyatalah bahawa semua orang tidak kira muda atau tua suka dan gemar akan sesebuah penggambaran dan ia juga terjadi kepada manusia biasa seperti saya. Terima kasih ^_^
testing.nk join lah
salam…akak zai join jugak
harap2 ader rezeki a akak aminnnn
http://zaiikulim.blogspot.com/2012/02/giveaway-sesi-fotografi-percuma.html
bez nya lau dpt join,,tp jauh nya penang,,,kna pikiq bajet lu na,,
Dah lama dah teringin nak bergambar keluarga dengan fotografi…tapi hajat tidak pernah kesampaian….Semoga ada rezeki di sini…
http://hairulizacontestga.blogspot.com/2012/02/giveaway-sesi-fotografi-percuma.html
hhmm.. menarik dan berminat sangat nak joint. sayangnya.. lokasi jauh sgt la yank!
Alahaiii… kat area KL takde nak buat ke? Hehehe
Aku teringin jugak nak rasa macam mana jadi model…kalo dapat ok jugak…