Salam buat semua. Apa khabar semua pembaca? Hari ini internet sedikit baik dari beberapa hari yang lepas. Seperti biasa setiap bulan mesti ada hal begini oleh TM. Pedulikan itu semua kerana pos terbaru ini adalah Ekspedisi Jelajah Raya 2010 yang berlangsung di sekitar Sungai Petani hinggalah penamatnya di Permatang Manggis pada hari Khamis 16 September 2010.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dari kami semua untuk Iwan sekeluarga, Hafizal sekeluarga, Din sekeluarga, Pakcik Murad sekeluarga seterusnya Azizi sekeluarga yang menaja Satay Raya! Syukur, Alhamdulillah atas rezeki yang diberikanMu.








