Di Sebalik Sepasang Payudara Itu

Payudara satu topik yang masa kini panas diperkatakan. Pembedahan payudara juga sudah dianggap sebagai pembedahan kosmetik bagi mereka di luar sana terutamanya barat. Bagi anda yang beragama Islam, jangan gatal-gatal mengubah kejadian Allah. Kening pun haram diubah ya rakan-rakan.

Berbalik kepada topik kita iaitu Payudara. Di sini terdapat sedikit info yang saya alihbahasa dari sebuah laman untuk anda sekadar pengetahuan am dan kesihatan buat kita semua.

man and women

  1. Secara amnya, purata berat payudara adalah 1.1 lbs (0.5 kg) dan ia turut merangkumi 4-5% dari keseluruhan lemak di badan.
  2. Seperti juga kemaluan lelaki, payudara juga bertindak balas jika dirangsang.
  3. Puting payudara ketika terangsang secara purata mempunyai ketinggian 0.95 cm atau lebih kurang 5 keping duit syiling yang disusun bertingkat. Priceless.
  4. Purata saiz payudara di Amerika buat masa kini adalah 36C. 15 tahun lalu adalah 34B.
  5. Tahun 2008 sahaja memperlihatkan wanita Amerika menjalani sebanyak 307230 pembedahan pembesaran payudara. Ia adalah pembedahan kosmetik nombor 1 di Amerika mengatasi pembedahan hidung dengan 279000 pembedahan dan pembedahan liposuction (sedut lemak) dengan 245000 pembedahan.
  6. Secara purata kos asas pembedahan pembesaran payudara adalah USD 3750. Ini adalah kos asas di mana pesakit perlu menjalani beberapa proses seperti membuang kedutan dan lain-lain dengan kos tambahan.
  7. Sebanyak 20967 wanita dianggarkan telah membuang implan payudara mereka pada 2008 dan sebanyak 17902 pembedahan untuk mengecilkan payudara dijalankan ke atas lelaki.
  8. Pakar bedah telah menggunakan pelbagai bahan sepanjang era pembedahan kosmetik dan semenjak 1960an suntikan silikon digunakan hingga kini.
  9. Sheyla Hershey dikatakan mempunyai payudara implan terbesar di dunia dan memakai bra bersaiz 38KKK. Jumlah implannya adalah 10000 CC dan bersamaan dengan 10 liter cecair.
  10. Pakaian berbentuk bra telah wujud sebelum masihi lagi namun pengeluaran secara besar-besaran hanya berlaku semenjak 1930an. Kini bisnes ini meraih sekitar USD 16 Bilion setahun.
  11. Mendedahkan payudara di Pantai sekitar Dubai membawa anda kepada 6 bulan penjara.
  12. Susu Ibu Vs Susu Lembu
    • Susu ibu lebih manis
    • Lebih vitamin E
    • Lebih zat besi
    • kurang Sodium
  13. 5% dari bayi baru lahir meminum susu ibu hingga umur 2 bulan.
  14. Dipercayai merokok mampu mengakibatkan payudara anda kendur.

Sekian sahaja sedikit info dari saya untuk anda. Berjumpa di lain kali ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>