Cinta Tanpa Memahami

Salam semua. Hurmm… Lama tak buat entry baru. Sebelum itu saya sampaikan tabik hormat spring sport kepada cheazni yang sudi membantu saya di blog ini. Rasanya kali ini hendak mengulas ayat komen saya pada salah satu gambar di facebook yang berbunyi

Cinta tanpa pemahaman hanyalah suatu masa yg dipenuhi kegembiraan semata-mata.

Betulkah apa yang dikatakan saya? Bagi saya sendiri antara komponen penting dalam percintaan adalah pemahaman yang mana akan menjadi tunggak kekuatan sebuah ikatan. Ini seterusnya akan mengukuhkan apa yang kita pegang selama ini. Percaya atau tidak cuba anda imbas kembali kenangan anda. Adakah setiap hari penuh dengan kegembiraan? Anda pernah dilukai oleh si dia yang anda sayangi? Anda pernah melukakan si dia? Atas nama cinta jugalah anda masing-masing memaafkan sesama sendiri. Kerana konflik yang terjadi itu wujud dari proses memahami satu sama lain. Memahami seseorang itu tidak akan pernah tamat kerana manusia sendiri unik untuk difahami. Bercintalah anda 100 tahun sekalipun anda tidak dapat memahami pasangan anda 100%.

Jika kita hanya mahu kegembiraan atau jika cinta hanya penuh kegembiraan itu hanya igauan anda sahaja. Walau dalam persabahatan sendiri ada konflik yang wujud akibat pemahaman terhadap sahabat. Cinta tanpa pemahaman hanyalah suatu masa yang dipenuhi kegembiraan kerana kita merealisasikan  ilusi kita yang mana cinta itu hanyalah kegembiraan. Kita tidak mahu memikirkan konflik yang sedang berlaku. Kita hanya mengisi masa lapang kita dengan si dia. Sedarkah kita hanya menggunakan si dia untuk melihat kegembiraan yang kita realisasikan dari ilusi minda?

Jika kita berasa bosan dengan konflik yang terjadi dalam hubungan anda, ini antara ciri-ciri anda dalam situasi seperti yang dibincangkan. Anda tidak mahu memahami situasi dan kehendak pasangan anda. Ego inilah yang meruntuhkan banyak hubungan. Anda berpegang kepada ego ini bahawa percintaan hanyalah dipenuhi masa kegembiraan. Hakikatnya konflik yang terjadi akan membawa anda setapak lebih rapat mengenali dirinya.

Saya sendiri mengambil masa yang lama untuk memahami isu ini. Jom sambung tonton AngelBeats.

One thought on “Cinta Tanpa Memahami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>