Bicara Teknikal

Bicara Perihal Teknikal

Kembalikan Memori SNES di Android Anda

6

Salam Aidiladha buat pembaca beragama Islam dan salam sejahtera kepada yang lain. SNES atau pun membawa maksud Super Nintendo Entertaiment System. Nama lain turut dipanggil sebagai Super Famicom bagi konsol di Jepun. Mungkin ramai generasi sekarang tidak mengenali konsol ini. Kebanyakan mereka lebih mengenali konsol terkini seperti Sony Playstation, PSP, XBox dan Wii. Namun begitu konsol inilah yang saya mainkan ketika saya masih di sekolah rendah.

SNES banyak mengingatkan saya kepada Donkey Kong, Street Fighter, Secret of Mana, Super Mario, dan bermacam-macam lagi tajuk yang saya amat rindui.

640px-SNES-Mod1-Console-SetKonsol SNES mengembalikan kenangan zaman kecil saya

Kini anda boleh menggunakan telefon berasaskan Android anda untuk memainkan permainan yang dahulu pernah dimainkan di pelantar SNES ini. Saya pasti anda telah terbayang beberapa tajuk permainan yang menjadi kegilaan di zaman kegemilangan konsol ini.

Jadi bagaimana untuk memainkan game ini di telefon Android?

(more…)

Beijing Sasar 480,000 Poin Akses WiFi

2

why you no wifiBeijing, China. Kuasa pengeluaran mereka kini tidak dapat dinafikan lagi. Sejajar dengan pembangunan dan kehendak rakyat, kerajaan China mengumumkan hujung bulan ini mereka akan melancarkan rangkaian internet tanpa wayar (wifi) dengan nama My Beijing. Rangkaian ini akan mempunyai 90,000 access point (poin akses) secara berperingkat dan mensasarkan 60% bandar Beijing dengan sambungan internet 2Mbps yang mana disokong oleh 3 telco utama China iaitu:

  1. China Mobile
  2. China Unicom
  3. China Telecom

Penduduk Beijing akan dapat merasai teknologi internet melalui WiFi secara percuma untuk tiga tahun percubaannya. Masih belum diputuskan lagi sama ada mereka akan mengenakan bayaran mengikut kategori pengguna biasa dan perniagaan.

(more…)

Smartphone dan Pelan Data

1

Kian hari boleh dikatakan bahawa telefon pintar (smartphone) telah mula menguasai pasaran telefon. Nokia, Samsung, Blackberry, Sony Erricsson, Apple dan lain-lain pengeluar berlumba-lumba menawarkan model-model canggih untuk kita. Ini seiring dengan dunia IT yang semakin pesat membuatkan ramai orang bersosial sepanjang waktu hanya melalui smartphone. Tambahan di pejabat saya sendiri dapat dilihat dengan ketara Samsung telah menjadi model pilihan dan rata-rata rakan selalu bertanyakan tentang kos data untuk melayari internet.

samsung-google-nexus-s
Telefon pelbagai guna milik admin. Bermacam-macam kegunaan dari kerja ke Sosial.

Tetapi bagaimana untuk Online selalu tanpa sokongan WiFi?

(more…)

Opera Mini Atasi Sekatan SKMM?

2

Salam sejahtera buat anda semua. Hari ini selepas sahur sedang melayari internet melalui telefon bimbit saya iaitu Nokia N97 dan menggunakan Opera Mini sebagai pelayar. Sedang melayan susunan video klip terasa ingin memuat turut lagu pula. Saya pun membuat carian ke Google dan seperti biasa laman yang disekat SKMM iaitu Filestube dipaparkan oleh Google sebagai hasil carian.

Saya klik dan buka laman tersebut. Ternyata tidak ada apa-apa masalah. Untuk menjawab lagi rasa ingin tahu yang ada, saya melayari beberapa laman yang dihalang oleh SKMM. Saya boleh melayari laman-laman tersebut tanpa sebarang masalah. Saya hairan dan lantas membuka komputer riba dan melayari laman-laman tersebut. Gagal.

Saya menggunakan:

  • Nokia N97
  • Pelayar Opera Mini untuk N97
  • Sambungan internet kesukaan ramai, Streamyx

Berikut adalah sedikit screen capture laman yang saya layari selepas sahur pagi tadi:

Scr000068

Laman FilesTube

(more…)

Free 4 Jemputan Untuk Google Music

2

googlemusic1

Dalam entry yang lepas saya telah menceritakan mengenai pengalaman menggunakan Google Music. Kini anda boleh menggunakan Google Music juga seperti saya. Komen dan 4 akan dipilih secara rawak untuk dihantar jemputan.

googlemusic2

P:S: Masih ada 146 jemputan untuk ke Google Plus.

Go to Top