[Giveaway] Sesi Fotografi Percuma

Seperti yang admin khabarkan semalam di fan page, entri kali ini adalah Giveaway Sesi Fotografi Percuma! Admin akan memilih 3 orang dari kalangan pembaca dan di fan page untuk dipotretkan di sekitar Pulau Pinang. Anda akan dapat koleksi gambar anda serta gambar yang terbaik akan admin bingkaikan secara PERCUMA! Admin akan luangkan masa 1 – 3 jam secara PERCUMA menjadi jurugambar anda.

Aperture II

Sekiranya anda terpilih, anda boleh membawa sehingga 4 orang untuk sesi bergambar anda. Yang layak untuk sesi bergambar percuma ini adalah Couple, Suami Isteri, Keluarga dan Kawan.

Anda berminat? Syaratnya adalah:

  1. Anda hanya perlu LIKE fan page Bicarahati.com
  2. Komen di entri ini tentang mengapa anda mahukan sesi fotografi percuma ini. Komen yang terbaik akan admin hubungi melalui emel jadi pastikan kalian menggunakan emel yang betul di ruangan komen.
  3. Bagi yang terpilih, anda boleh membawa hingga 4 orang termasuk anda bagi sesi fotografi percuma.
  4. Sesi fotografi percuma ini adalah untuk Couple, Suami Isteri, Keluarga dan Kawan.
  5. Anda berada di Pulau Pinang untuk sesi fotografi.

Percuma Untuk Anda:

  1. Sekeping DVD mengandungi gambar sepanjang sesi Fotografi anda.
  2. 1 – 3 jam sesi Fotografi percuma.
  3. Sekeping gambar yang terbaik akan dibingkaikan.

Tarikh Tutup Permohonan adalah 29 Febuari 2012.

Pakej Fotografi Percuma ini dibawakan kepada anda oleh KartelKandid dan Bicarahati.com. Jika berjaya admin akan tambah lebih peluang untuk sesi fotografi percuma ini.

Kad Facebook Dari Moo Sudah Sampai

Apa khabar anda semua. Hari ini admin nak share tentang Kad Facebook yang admin terima dari Moo.com di UK. Kad ini bersaiz kad perniagaan biasa cuma ia menggunakan maklumat di profil Facebook anda. Ini termasuk menggunakan imej Facebook Timeline Cover anda. Masa admin dapat peluang, ianya percuma dan jika anda mahu memilikinya sekarang, kad tersebut percuma namun anda perlu membayar kos pengeposan. Tak sampai RM 20 jika pilih mel udara biasa. Bukan Ekspress Mail ya.

Continue reading

Outing Di Sekitar Penang

Salam sejahtera semua. Sebenarnya bukan tidak mahu update blog tapi apabila semangat datang, hosting bermasalah. Terasa nak berpindah rumah rasanya. Pindah hostinglah kiranya. Tak kisahlah semua itu. Semalam admin pergi outing bersama seorang rakan admin yang baru memiliki Nikon D3100. Menarik dan mantap. Semangatnya pun tinggi dalam memahirkan diri. Admin dalam tak berapa sihat pun turut serta. Puas admin bermain mode Manual.

Pday 2

Saudara Pday aka Bintang Utara

Admin pun masih baru lagi dalam bidang ini. Kalau ada pembaca sudi berkongsi ilmu dengan admin dan rakan pembaca lain, bolehlah ajak admin outing bersama di sekitar Pulau Pinang atau berdekatan. Klik untuk lihat gambar-gambar lain.

Continue reading

Fotografi Wanita dengan Senjata Api

cover

Apa khabar semua? Memang kesibukan yang sangat menjelang hujung tahun kerana admin sedang membuat persediaan beberapa projek untuk tahun depan. Kali ini admin nak kongsikan sedikit koleksi wanita dari pelbagai lapisan umur dan latar belakang kehidupan yang berkaitan dengan SENJATA API. Ini adalah hasil nukilan jurugambar Lindsay McCrum yang turut dibukukan dengan judul Chicks With Guns.

Continue reading