Salam sejahtera buat semua. Seperti yang dijanjikan entri berkaitan mengimport ubatan dan kosmetik dari luar negara kali ini. Tertangguh beberapa hari kerana masalah kesihatan dan juga kerja lebih masa.
Saya percaya ada di antara anda pernah mengimport ubatan dan kosmetik dari luar negara. Pasti dalam ramai-ramai anda yang membaca entri ini pernah bungkusan anda ditahan pihak farmasi dan perlu memberi penjelasan atau pun notifikasi. Di bawah saya sertakan sedikit contoh yang menyatakan tindakan farmasi ke atas bungkusan anda yang mempunyai kosmetik dan ubat-ubatan.

Bungkusan ini adalah diarah rampas

Farmasi mahu anda memberi penjelasan atau dokumen berkaitan

Anda mendapat pelepasan daripada Farmasi
Hanya ubat, makanan tambahan (supplement) dan kosmetik yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dibenarkan dibawa masuk oleh pemegang yang telah diberi Lesen Import. Sesiapa yang membawa masuk produk berkaitan sama ada melalui kargo, pos atau bagasi sendiri tidak akan terlepas daripada pemeriksaan farmasi dan menjadi satu kesalahan membawa masuk produk tersebut tanpa mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
Warganegara Malaysia atau pelancong asing sebenarnya dibenarkan membawa masuk ubata-ubatan dan yang berkaitan hanya untuk kegunaan rawatan sendiri atau keluarga dalam kuantiti yang tidak melebihi kegunaan sebulan untuk setiap orang dan di dalam bagasi sendiri. bagi ubatan yang mengandungi bahan psikotropik atau dadah merbahaya, pengimport hendaklah mengemukakan preskripsi dari doktor.
Sekiranya anda berada di Taiping hingga ke Kangar, anda akan berurusan dengan Cawangan Penguatkuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Negeri lain sila hubungi Jabatan Farmasi secara terus.
Pejabat:
Tingkat 8, Bangunan Persekutuan,
Jalan Anson
10400 Pulau Pinang
Telefon: 04 2292319
Fax: 04 2280314
Waktu Urusan: Isnin – Jumaat / 8.00 AM – 5.00 PM
* Urusan rayuan hendaklah dibuat secara terus di sini
Bahagian Pelepasan Kastam (Jabatan Farmasi):
Bahagian Tahanan Kastam
Pejabat Pos Bagan Dalam
12670 Butterworth
Telefon: 04 3235102
Waktu Urusan: Isnin – Jumaat / 10.30 AM – 11.00 AM
Jabatan Farmasi (Kargo NBCT):
Tingkat 1, Bangunan Penang Port Sdn Bhd
NBCT Butterworth
Telefon: 04 3233600 (sambungan 002)
Waktu Urusan: Isnin – Jumaat / 11.00 AM – 3.00 PM
Jabatan Farmasi (Berhampiran Lapangan Terbang Bayan Lepas):
Aras Bawah, Komplek Kargo Kedua
Jalan Batu Maung
11960 Pulau Pinang
Waktu Urusan: Isnin – Jumaat / 2.00 PM – 4.00 PM
Laman web: http://www.pharmacy.gov.my
* Sebarang maklumat tertakluk pada perubahan yang berubah tanpa notis di blog ini.

