OpsIsrael dan Perdamaian 2 Negara

Opsisrael-kenahack-malaysia-indonesia-cyber-war

Salam sejahtera buat semua. Lama rasanya tak update dek kerana kesibukan yang diperingkat maksima. Kali ini saya membawakan kisah godam lagi tetapi kali ini adalah hasil kerjasama utama dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia serta turut disertai oleh kumpulan penggodam negara lain.

Tujuan godaman ini bukanlah untuk menggalakkan aktiviti godaman (hacktivism) tetapi untuk menyelesaikan pembaziran ilmu yang terjadi akibat godaman antara Malaysia dan juga Indonesia. Laman Kenahack.com (KH) telah dilantik sebagai media sokongan untuk misi ini dan antara golongan sasaran adalah penggodam beragama Islam dengan objektif melakukan pentest (penetration test) atau godaman ke atas domain Israel “.il”.

Untuk maklumat lanjut serta kemaskini terbaru anda boleh layari entry OpsIsrael di laman Kenahack.com.

Entiti Dalam Klip Malaysian Boy

Salam semua. Anda masih dalam mood raya? Baiklah saya teruskan dengan entry seram kali ini. Anda semua sudah menonton klip Malaysian Boy nanyian gabungan beberapa artis iaitu Altimet, DJ Fuzz, Ila Damiaa, Point Blanc, Rabbit Mac. Yeah, tonton sebab Ila Damiaa yang cun? Haha! Anda boleh layan video ini di sini.

Tetapi layan punya layan tersedar di saat yang ke-40 ada seperti satu entiti di hujung sebelah kiri. Adakah ini kebetulan atau sekadar gimik pihak produksi? Jika benar, pasti hit anda di Youtube akan melonjak naik. Jom tengok screenshot tersebut.

Malaysian Boy Ghost

Apakah Gimik Produksi?

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Salam aidilfitri buat anda semua. Semoga rezeki makin mencurah-curah buat kita semua. Saya dan Bicarahati.com ingin memohon maaf jika ada mengguris dan terkasar bahasa dalam mengendalikan laman ini serta dalam artikel yang kami keluarkan.

raya1

Berhati-hati sentiasa walau di mana anda berada. Ingat kepada insan yang anda sayangi.

17/9 – 21/9 Saya akan berada di sekitar KL/Shah Alam. Blog cuti.

Laman HackerMalaysia.com Digodam

Awal pagi ini membaca pengumuman Rilekscrew di laman Facebook mereka di mana laman HackerMalaysia.com telah dilakukan deface ke atasnya oleh salah seorang krew iaitu Hamba Malam. Ini berlaku atas kesilapan tidak menukar kata laluan default salah satu aplikasi web yang mereka guna pakai. Kesilapan ini turut membenarkan shell di muat naik.

Hamba Malam juga pernah menggodam laman Mosti, beberapa bulan yang lepas.

Laman HackerMalaysia.com ini adalah sebuah laman yang mengumpulkan penggodam seluruh Malaysia. Sila ke laman Kenahack.com untuk ulasan lanjut.

hamba-malam

Hamba Malam melakukan deface comel dengan Sabun Brain Wash

Terima kasih kepada laman Kenahack.com atas penjelasan dan perkongsian anda.