Selamat Datang Ke Dunia

Hari ini saya sangat gembira kerana dinaikkan pangkat ke Pak Long. Ini kerana adik perempuan saya telah pun selamat melahirkan bayi sulung beliau yang sangat comel pagi tadi di Hospital Seberang Jaya. Tahniah buat beliau dan suaminya dan jagalah amanah dari Allah ini sepenuh jiwa kalian.

Nama: Nur Haslisha Umairah
DOB: 15 Jun 2011
Tempat Lahir: Hospital Seberang Jaya
Berat: 3.3 kg

Matanya mama kata sangat bulat ketika selepas lahir. Tak sabar nak tengok baby buka mata Smile Dari pengamatan saya wajahnya mirim kepada ayahnya dan matanya seperti ibunya. Bulatz!

nur

Yay! Nanti nak shopping baju baby-lah buat anak saudaraku yang comel sangat!

Hadiah Payudara Special

Hari ini saya mulakan dengan menghantar kereta ke pusat servis Perodua. Sambil menunggu kereta siap saya membaca beberapa akhbar yang disediakan. Saya capai The Star. Manalah tahu ada lubang-lubang kerja yang bagus. Belek punya belek terpandang satu berita bertempat di Kuala Lumpur di mana seorang wanita yang membuat pembedahan membesarkan payudaranya ditinggalkan kekasih.

Mangsa adalah wanita berusia 30an mengalami jangkitan dan kesakitan di bahagian payudaranya. 2 bulan lalu mangsa telah berjumpa seorang pakar bedah dan telah menjalani prosedur pembesaran payudaranya yang kosnya dianggarkan sekitar Rm 13 000. Beliau meminjam wang tersebut daripada ayahnya.

Pakar bedah tersebut dikatakan menggunakan lemak dari bahagian pinggang dan atas punggung untuk proses pembesaran tersebut. Seminggu selepas pembedahan tersebut, mangsa mendapati tempat di mana pakar tersebut mencucuk lemak mula bernanah. Mangsa juga pengsan akibat kesakitan yang dialami ketika proses tersebut kerana pakar bedah tersebut mengatakan yang beliau tidak mempunyai lesen untuk membius pesakit.

“Payudara saya kini bengkak dan bertukar hitam” kata mangsa.

Kekasih mangsa juga meninggalkan mangsa kerana tidak mangsa menggunakan wang yang banyak demi tujuan ini dan tidak senang dengan kesan-kesan pembedahan tersebut di tubuh mangsa.

Mangsa yang merujuk kes beliau ke bahagian aduan MCA dan Datuk Michael Chong akan mewakilkan mangsa dengan seorang peguam bagi menuntut keadilan.

Sesungguhnya kepada semua umat Islam mengubah kejadian Allah itu haram dan berdosa besar, biar pun mencukur kening.

Ada yang besar nak kecil, dari kecil nak besar, dari tak ada nak di adakan… Macam-macam dunia sekarang…

Sumber asal di sini.

Maut Kejar Peragut

Hari ini akhbar Metro memaparkan kisah seorang remaja perempuan berumur 17 tahun terbunuh di Jalan Kangar – Padang Besar akibat mengejar peragut yang cuba meragut dompetnya. Nur Syaza Yasmin yang terkorban setelah terjatuh dari motosikal yang diboncengnya namun begitu adiknya yang menunggang motorsikal tersebut Nur Syaza Norah, 15, hanya cedera ringan.

Beliau dikatakan keluar dari rumah kira-kira jam 7.30 malam dan sempat mengisi minyak di stesen minyak berhampiran. Mangsa juga sempat membungkus nasi ayam kegemarannya di Pekan Balai Baru. Semoga roh arwahyarham Nur Syaza Yasmin dicucuri rahmat.

Adakah anda semua tahu sebenarnya kebanyakkan kes ragut berlaku akibat peluang yang diberikan oleh mangsa? Saya sendiri beberapa kali menegur penunggang motosikal wanita yang saya tidak kenali tentang kesilapan mereka. Saya ketepikan rasa malu kerana saya tidak mahu melihat ada lagi manusia menjadi berita di dada akhabar kerana golongan sampah masyarakat ini.

Di sini saya senaraikan secara ringkas apa yang perlu anda lakukan untuk menunggang motorsikal atau memandu kereta:

  1. JANGAN sesekali meletakkan apa-apa barangan seperti beg di dalam bakul motorsikal anda.
  2. JANGAN sesekali meletakkan apa-apa barangan seperti beg di kerusi di dalam kereta anda ketika memandu.
  3. Sekiranya menunggang motorsikal, anda boleh menyandang beg tangan anda kemudian pakai jaket yang sedikit besar dari anda supaya dapat menyembunyikan beg tangan anda.
  4. Jika anda berjalan di tepi jalanraya, pastikan sebarang beg atau pun beg tangan dipegang/sandang bertentangan dengan sisi jalan. Sekiranya jalanraya di sebelah kanan anda, pegang/sandang beg anda di sebalah kiri.
  5. Bagi wanita yang hanya membawa dompet sahaja ketika menunggang motorsikal, anda boleh masukkan ke dalam poket jika boleh. Jika tidak anda letak di dalam bakul dan tutupnya dengan baju hujan.
  6. Paling selamat buat penunggang motosikal, dapatkan kotak menyimpan barang yang banyak dijual di kedai motorsikal. Keselamatan terjamin.
  7. Pemandu kereta sila pastikan kunci ke semua pintu selepas anda masuk dan memulakan pemanduan.
  8. Pemandu kereta yang ingin berhenti dan keluar dari kenderaan sila pandang keadaan keliling dan cermin pandang belakang pastikan tidak ada yang mencurigakan menanti anda. Imbas keadaan sekeliling anda.
  9. Sekiranya anda diragut, JANGAN sesekali KEJAR peragut tersebut.
  10. JANGAN BERI PERAGUT PELUANG UNTUK MERAGUT ANDA!

Aksesori terbaik buat semua penunggang motorsikal

Berbicara Ketika Anda Tidak Tahu Berbicara

Anda kini bersama seorang yang menarik perhatian anda. Kini anda mempunyai peluang untuk mengenal dirinya. Malangnya anda gemuruh. Anda rasakan tidak mampu mengeluarkan sebarang topik untuk dibualkan. Anda takut yang setiap kata-kata akan memakan anda sendiri dan lebih buruk anda memikirkan si dia akan beranggapan negatif terhadap diri anda. Ini bermakna anda perlukan sesuatu untu Ice Breaking. Mari baca sedikit cadangan yang boleh anda gunakan bagi mengatasi masalah ini.

Tenang
Anda mestilah bertenang. Walau siapa pun si dia pastikan diri anda bertenang. Kerana tanpa ketenangan minda tidak dapat memproses sebarang alternatif bagi anda menghadapi situasi ini. Buang rasa takut anda. Beranikan diri kerana si dia juga manusia biasa seperti anda. Anda tidak rugi mencuba.

Berikan Pujian
Wanita memang gemarkan pujian. Melalui pujian itu mereka akan rasa dihargai atas usaha mereka. Terumatanya si dia kelihatan anggun dan selepas memujinya si dia merasakan usahanya itu berhasil. Pujian terhadap wanita perlulah kena gaya dan caranya. Jangan sampai menakutkan atau membuatkan si dia menjadi kurang selesa. Ketenangan anda adalah langkah penting dalam aspek ini. Tanpa minda yang tenang anda akan menjadi kelam kabut dan mungkin yang bukan-bukan keluar dari mulut anda. Pastikan pujian itu lahir dengan baik, tenang dan ada kejujuran. Si dia pasti merasa selesa dengan anda.

Tanyakan Soalan
Kebanyakan orang suka bercerita tentang diri sendiri. Ini antaranya diakibatkan oleh perasaan gemuruh dan tidak merasa tenang. Anda mungkin bercerita tentang diri sendiri sehinggakan si dia merasa bosan seolah anda tidak memberikan perhatian kepadanya. Anda perlu cuba buka soalan yang akan membuatkan si dia menjawab melalui sudut pandangannya. Memalui cara itu, anda akan mula memahami secara tidak langsung sudut pandangan si dia. Gunakan teknik Open Ended Question yang mana tidak bertanya secara terus tapi si dia perlu memberikan pendapatnya. Gunakan "Apa", "Siapa", "Bila", "Bagaimana" dan bermacam soalan yang anda boleh gubah.

Sebagai contoh anda mungkin bertanyakan "Awak suka baju warna biru?". Tetapi kenapa tidak anda terus katakan "Cantik pakaian awak malam nie. Sesuai dengan awak". Si dia akan berterima kasih di atas pujian tersebut tetapi kemungkinan si dia akan bercerita di mana ia dibeli, kenapa si dia memilihnya dan seterusnya warna kegemarannya. Anda tentukan. Soalan yang bukan berbentuk soalan pasti membuatkan mereka bercerita.

Dengarkan Hatinya
Apabila si dia berbicara pastikan anda dengar dengan teliti. Ini kerana anda secara tidak langsung akanmendapat info-info yang bukan semua orang tahu. Anda mungkin tahu warna kegemarannya, aktiviti kesukaannya dan macam-macam lagi. Ia hanya sepintas lalu tetapi ambil peluang ini yang mana anda boleh lakukan kejutan untuknya. Anda boleh memesan makanan kesukaannya secara terus dan si dia akan berkata "Awak, itu makanan favourite saya. Macam mana awak tahu?". +1 untuk anda di situ!

Dalam sesetengah situasi anda mungkin berasa jemu dengan ceritanya. Mengapa tidak memecahkan kebosanan anda itu dengan bertanyakan soalan-soalan namun tidak lari dari topik yang dibincangkan. Walau anda jemu namun ia akan bertukar menjadi sesuatu yang positif. Amat kritikal memberikan perhatian kepada si dia kerana anda akan lebih memahaminya sebelum anda berhasrat memiliki hatinya itu. Dengarkanlah luahan hatinya.

Demikianlah serba sedikit panduan untuk anda memulakan bicara dengan wanita idaman anda. Tidak perlu takut atau gentar, hanya tenangkan hati anda. Anda tidak rugi apa-apa mencuba. Jika tip yang ada tidak mencukupi jangan risau anda boleh mendapatkan bantuan dari rakan-rakan anda yang positif.

Semoga Berjaya!

Video Blue Atau Pun Porn

Video blue, gambar blue, video lucah atau pun secara baratnya, Porn! Saya pasti ramai anda di luar sana pasti tahu apa yang dimaksudkannya. Sebenarnya entri ini adalah untuk menyokong entri Cik Zaty kita. Anda pernah lihat? Pernah tonton? Secara amnya boleh dikatakan ramai lelaki dan sebilangan wanita yang suka kepada bahan-bahan lucah ini. Jika dikira siapa yang suka terhadap bahan-bahan ini kebanyakan lelaki pasti sinonim dengannya. Tetapi apa pendapat anda semua terhadapnya?

Hairan sebenarnya sebab saya sendiri pernah membuat kajian lapangan dengan ramai responden. Saya sendiri pernah melihat beberapa klip video lucah ini. Sepanjang pemerhatian saya bermacam-macam andaian dibuat oleh ramai pihak berkaitan perkara ini. Ada juga mengatakan ianya tidak salah asalkan tidak obses, hanya mencari "skill", sekadar hobi atau suka-suka,  dan pelbagai lagi alasan yang pelik-pelik dan mampu mengaburkan pandangan orang lain.Tersilap langkap dalam memahaminya pasti anda juga akan turut terjerumus ke dalam hal ini. Saya bukanlah seorang yang mampu memberikan hujah melalui hadis dan sunnah tetapi melihat bahan lucah adalah dilarang di dalam Islam. Sedangkan berzina itu amat ditegah apatah lagi akar umbinya seperti bahan-bahan lucah yang mampu mengeluarkan pucuk-pucuk dosa dan zina.

Ada juga yang saya lihat solat lengkap 5 waktu tetapi yang begitu kontra ialah dia suka mengumpul bahan-bahan tersebut dan bertukar-tukar seterusnya mengedarkannya dengan pihak lain yang berminat. Betapa pantasnya bahan lucah ini menerobos ke dalam kehidupan kita semua. Inilah sebenarnya antara salah satu cabang yang meningkatkan masalah sosial masa kini. Memiliki, menonton dan menyebarkan bahan lucah sebenarnya tidak ada kebaikan malah menjauhkan keberkatan Yang Esa di dalam kehidupan kita.

Di bawah saya akan paparkan sedikit pendapat mengenai video lucah yang mana dikeluarkan di sebuah majalah yang agak sinonim dengan dunia remaja. Agak bingung sebenarnya saya di sini.

Bicarahati Bicarahati Bicarahati Bicarahati

Sedikit petikan menarik dari entri Cik Zaty:

korang tak taw ke porn tu boleh mencemarkan minda dan kepala otak korang? confirm la taw kan? nanti nak hafal formula pon susah. apatah lagi surah dan ayat-ayat Al-Quran. patutlah jawab quiz, test, exam semua bawak kertas yang ada formula kan?

madam syakirah pernah cakap, orang yang meniru ni, makan makanan haram nanti. sebab cgpa tu yang menyebabkan korang dapat kerja kan. so, gaji tu pon haram la. mari kita renungkan bersama..

Terima kasih atas entri Zaty, terus terpanggil untuk memberikan sokongan.