Bicara Hati Kita
Bicara Hati Kita
Tatoo 152 Kenalan Facebook di Lengan
1Sejauh mana anda menghargai kenalan Facebook anda? Menulis status yang manis dan enak dibaca mereka? Pos gambar menarik dan tag mereka? Tetapi bagaimana dengan membuat tatoo gambar profil 152 kenalan Facebook anda? Ya, 152 gambar profil kenalan Facebook anda.
Mengenal Islam Cara Komik
0Salam sejahtera semua. Kali ini saya ingin memperkenalkan sebuah laman Deviant berkonsepkan Manga yang membawakan pendekatan Islam. Menarik bukan? Pemiliknya iaitu FullWhiteMoon amat dedikasi dalam memperkenalkan konsep Islamsebenarnya di laman yang didominasi oleh orang-orang bukan Islam. Saya amat memuji usaha dan kesungguhannya dalam membawa erti kata Islam dan mesej keamanan beliau.
Mari lawat laman Deviant beliau di fullwhitemoon.deviantart.com!
Selamat Datang Ke Dunia
0Hari ini saya sangat gembira kerana dinaikkan pangkat ke Pak Long. Ini kerana adik perempuan saya telah pun selamat melahirkan bayi sulung beliau yang sangat comel pagi tadi di Hospital Seberang Jaya. Tahniah buat beliau dan suaminya dan jagalah amanah dari Allah ini sepenuh jiwa kalian.
Nama: Nur Haslisha Umairah
DOB: 15 Jun 2011
Tempat Lahir: Hospital Seberang Jaya
Berat: 3.3 kg
Matanya mama kata sangat bulat ketika selepas lahir. Tak sabar nak tengok baby buka mata
Dari pengamatan saya wajahnya mirim kepada ayahnya dan matanya seperti ibunya. Bulatz!
Yay! Nanti nak shopping baju baby-lah buat anak saudaraku yang comel sangat!





