Bertemu Khairil dan Nik Di Selama

Salam sejahtera buat semua. Rasanya lama tak kemaskini blog. Ini disebabkan terpaksa memberi keutamaan kepada tugas sedia ada. Hari ini amat gembira walaupun penat. Seharian di sebuah kenduri jauh di Selama, saya bertemu sepasang raja sehari iaitu Khairil dan Nik. Sama manis dan padan, mereka tidak lekang dengan senyuman walaupun kepenatan disamping cuaca terik.

Semoga kalian bahagia dan bersama hingga ke akhirnya.

Khairil dan Nik

Khairil dan Nik 2

Terima kasih juga kepada rakan dan juga guru iaitu Azhari dari Fotolestari kerana memberi peluang turut sama serta dalam sesi ini. Terima kasih tidak terhingga dari saya dan Bicarahati. Pasti selepas ini akan mantapkan lagi mata dan pengetahuan berbekalkan lensa 135mm ini. Manual lagi sedap dari auto rasanya. Hehe.

Gambar-gambar acara hari ini akan berada di laman facebook Fotolestari hanya selepas segalanya selesai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>