Salam sejahtera buat semua pembaca, rakan-rakan, blogger dan anda yang membaca entri ini. Terdetik pula admin nak kupaskan hal mengenai loghat atau pun kita kenali sebagai dialek. Syukur kita hidup makmur dengan majmuk di Malaysia ini. Tidak lupa ktia punya banyak etnik dan negeri. Masing-masing mempunyai dialek tempatan yang unik dan menarik.

Admin dilahirkan di Pulau Pinang namum admin boleh bertutur tidak kira dialek selatan atau utara. Ini kerana walaupun admin dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang, admin mempunyai saudara mara di sebelah selatan tanah air. Papa admin berasal daripada Johor dan Mama berasal dari Pulau Pinang.
Jadi apa kes dengan dialek sampai admin buat entri? Sebenarnya hari ini ada seorang berkata kepada admin:
Aku bencilah betoi budak tu. Beghapa lama dah dudok Penang dok cakap pelat KL lagi. Tak gheti-gheti nak cakap utagha. Tak bercampoq langsung ka?



