About Shafique

Just an ordinary human being that lucky to be here.

Dapat handphone dan laptop tapi kena bayar RM1500

Salam sejahtera buat semua. Lama admin tak update akibat kesibukan melampau serta kerosakan lappy kesayangan. Kali ini admin nak recap satu cerita lama. Satu penipuan lama yang masih lagi berkesan. Ini adalah berikutan admin terima komen berbunyi:

Kawan saya ada hantar hadiah untuk saya tapi saya tak tahu dia letak under gift or not. In 4 days bungkusan tu sampai and someone called me and told me that the parcel dah sampai but kena bayar bayaran sebanyak RM1500. Saya dah lah student lagi. Mana nak cekau banyak tu kan. Btw, ni first time saya dapat barang from oversea. And kawan saya tu from UK. Saya pernah tanya barang tu apa. T senang kan. Dia kata laptop fon and maybe ada baju camtu lah. So ada cara lain tak nak dapat benda tu without pay or murah just below RM100 camtu? And kenapa kena tahan kat KLIA bukan teros hantar barang saya tu kat Sarawak? Okay saya memang tak tahu apa pasal benda ni but nak faham gak. Pening. Nak barang tu.

Anda semua larat nak baca? Tak rugi, baca dan share. Mana tahu anda akan selamatkan diri serta orang lain? Teruskan membaca.

Continue reading

Gay Mahukan Jantina Lain Disenaraikan di Facebook

Nepal adalah antara negara yang berusaha dalam mengesahkan pergerakan seks songsang. Ahli parlimen mereka yang juga seorang pengamal seks songsang iaitu Sunil Babu Pant mengatakan yang mahkamah agung mereka juga menyokong dan dalam fasa menambahkan pilihan jantina Other (lain-lain) selain daripada Lelaki dan Wanita di dalam borang-borang dan surat menyurat rasmi. Dia juga adalah aktivis yang memperjuangkan seks songsang dan pengasas serta pengarah persatuan Blue Diamond. Persatuan ini adalah persatuan seks songsang. Selain daripada persatuan ini dia juga turut memiliki sebuah agensi perlancongan yang menawarkan pakej percutian bulan madu bagi pasangan seks songsang.Sunil Babu Pant

Baru-baru ini beliau telah menghantar surat rayuan kepada pihak Facebook supaya memasukkan pilihan Other diruangan jantina. Ulas beliau lagi ini dapat mengelakkan diskriminasi terhadap golongan mereka yang terpaksa memilih antara Lelaki atau Perempuan di profi facebook mereka.

Namun sehingga kini dia belum mendapat maklum balas daripada pihak Facebook.

Jadi macam mana dengan anda semua? Jika Facebook tunduk kepada rayuan puak songsang ini, apakah yang akan anda lakukan? Babun betullah…

Sumber.

Bertuah Dapat Sesi Fotografi Percuma

Salam sejahtera buat semua pembaca dan rakan-rakan semua. Seperti yang dijanjikan, admin telah pun memilih siapa yang bertuah menjalani sesi fotografi percuma yang dianjurkan oleh Bicarahati dan KartelKandid. Pening juga admin dan panel memilih tapi apakan daya barang baik datang tak banyak.

Bicarahati.com & KartelKandid
Lensa old school yang amat admin sayang :)

Pemenang yang dipilih oleh panel adalah:

  1. Cik Rose Cute
  2. maisharah
  3. Nurul Hanis Anasa

Terpilih untuk Projek KhasGadis PekanProjek ini akan admin akan umumkan selepas perbincangan dengan beliau. Orang jauh nie korang tahu tak? Hehe. Sebab situasi dia lebih kurang macam admin.

Admin sebenarnya melunaskan nazar kerana apa yang admin inginkan tercapai. Alhamdulillah inilah cara admin bersedekah dan berkongsi dengan semua pembaca. Kelak admin akan adakan lagi sesi giveaway ini kerana antara tujuan admin adalah untuk menggalakkan orang ramai mengenali apa itu fotografi. Admin juga masih belajar apa itu fotografi dan admin mahu kalian bersama belajar dengan admin.

Kepada yang terpilih, admin akan hubungi anda melalui emel untuk maklumat lanjut.

Janganlah Kalian Sesatkan Diri Demi 14 Februari

Salam sejahtera buat semua. Kali ini entri admin menjurus terus buat kalian pembaca yang beragama Islam. Ini adalah peringatan yang dipanjangkan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan dalam menyambut Hari Kekasih atau pun lebih disebut sebagai Hari Valentine (Valentine's Day). Bukankah esok 14 Februari?

Image credit to islamgreatreligion.wordpress.com

Sebenarnya pada 2005 Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun mengadakan sebuah muzakarah yang mana di dalamnya turut dibincangkan perihal Hari Valentine ini. Mereka sebulat suara memutuskan tiada amalan seperti ini di dalam ajaran Islam. Islam amat menerapkan konsep kasih sayang namun tidak sekali wujud akan amalan dan hari tertentu dalam meraikan kasih sayang ini. Amalan yang dilakukan oleh ramai orang Islam yang menyambut Hari Kekasih ini amat bercanggah kerana ia mempunyai unsur-unsur agama Kristian, aktiviti penuh maksiat dan bertentangan dengan syarak. Ia juga boleh memesongkan akidah orang Islam.

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”

Riwayat Abu Daud

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Ini tidak bermakna kita tidak boleh menyambut perayaan lain cuma ritual sesebuah agama lain itu jelas haram untuk kita ikuti.

Rujukan di Majlis Fatwa Kebangsaan.

Admin harap korang sebarkan kepada rakan-rakan. Bukankah dituntut mengingati sesama umat Islam. Sebarang persoalan terus kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.