Hari ini kita melihat ledakan teknologi yang berasaskan komputer semakin bercambah dengan pantas. Ditambah pula dengan capaian internet yang semakin banyak, mudah, murah dan adakalanya percuma membuatkan ramai antara kita tidak lekang dengan gajet dan komputer peribadi masing-masing. Akan tetapi anda memang gila komputer jika:
Anda tidak boleh berpisah dengan komputer walaupun sakit

Anda menggunakan beberapa komputer milik anda secara serentak

Anda tidur bersama komputer anda

Anda masih menggunakan komputer walau dalam urusan yang penting darinya
Keluarga anda perlu menghantar emel untuk berkomunikasi dengan anda
Ingatlah anda semua bahawa ada insan lain disekeliling anda selain daripada apa yang anda lihat dalam skrin komputer anda.