Bicara Hati Antara Kita
Apa yang tersurat dan tersirat di antara kita
Apa yang tersurat dan tersirat di antara kita
Sep 2nd
Terima kasih kepada Pday dan Farina kerana menghantar emel ini. Ayuh, jenaka petang.
Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two, “tiga” isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu “Singular”; dua atau lebih “Plural”
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je, kan?
Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi…
Aug 29th
Hampir setahun sudah barangan ini berada di dalam inventori aku kini sampai masa ia mencari Tuan baru
Item: Side Mirror Murukami MMC 3 Wires dari Model yang aku tak tawu.
Package: Sepasang cermin sisi sahaja
Harga: Ditempah tak sampai 1 minit.
Warranty: None
Cara berurusan: COD lebih baik, POS pembeli tanggung ya
Lokasi: Bukit Mertajam
Sebab jualan: Kemas Rumah nak raya dah nie
Hubungi: 019 Lima Sembilan Kosong Tiga Tiga Sembilan Enam


Aug 25th
Salam semua. sekadar berkongsi apa yang dihantar ke kotak emel saya. Mari lihat komputer ini. LIhat bilah kipasnya sahaja sudah cukup menakutkan. Boleh putus jari jika terkena tangan. PSU apa agaknya dia gunakan untuk memberi kuasa kepada kipas tersebut. Tengok, tak pakai LCD pun?

Aug 22nd
Semalam apabila melihat wall facebook, terlihat satu video rakaman sesi seorang DJ X FM dengan Samad, seorang penjual burger yang cuba menyelamatkan pertunangannya dengan seorang gadis bernama Cheryl/Cherry (saya kurang jelas). Boleh dengarkan di sini jika anda belum dengarkan ia. Selepas dengar mari bincangkan di sini ya
Sudah dengar? Apa pendapat anda? Rasa nak marah? Nak maki? Nak macam-macam lagi? Ayuh, simpan rasa kemarahan anda itu. Lunaskan ia dengan cara yang lebih lembut. Tidaklah kurang pahala puasa anda itu
Kasihan juga pada si Samad ini namun ada banyak perkara kita boleh belajar dari rakaman tersebut.
Wang ringgit memang penting dalam kehidupan kita. Namun perlukah kita jadi hambanya? Kita semua hamba kepada yang Maha Esa. Jangan kita sekutukan dia dengan bertuhankan wang riggit dan kebendaan dunia. Pertama kali mendengar rakaman tersebut saya juga agak marah namun saya bertenang dan cuba berfikir. Dari satu sudut dia benar tetapi dari sudut lain memang terlalu materialistik. Ini memang meterialistik yang sebenar, di mana kita lihat wanita tersebut secara terus terang menyatakan betapa dia mahukan kekayaan. Orang begini mampu dibeli dengan wang ringgit.
Mungkin antara mereka ada isu lain yang tidak kita ketahui tetapi mereka ini sudah pun bertunang. Hairan juga wanita ini terima pinangan si Samad kita ini. Jika tidak suka dari awal lagi si wanita tersebut patut memutuskan hubungan dengan si Samad kerana berpandangan bahawa Samad tidak akan mampu membahagiakan dia dengan kebendaan. Tapi dari pandangan saya pula sikap kebendaan ini sebenarnya pasti akan terserlah lebih awal. Sama ada Samad memendamkan ia atau tidak sedar. Hanya Samad yang tahu. Jangan Samad jadikan ini cercaan kosong, jadikan ia satu pemangkin semangat untuk pergi jauh dari apa yang ada. Lepaskan semalam untuk menerjah hari esok.
Tidak dinafikan kepentingan wang dalam kehidupan kita. Kahwin juga perlu wang. Kerja juga perlu wang untuk mencari wang. Jika wang tidak penting mengapa pula kita bekerja dan berniaga? Ini adalah satu keperluan dalam kehidupan kita namun jangan sesekali menyasarkan bahawa kebahagiaan hidup berdasarkan kekayaan duniawi.
Saya sudah malas nak komen. Jom layan video Mulan Jameela menampilkan The Virgin dengan lagu Cinta Mati II. Cun juga Mulan tetapi jika rambut tidak karatlah. Haha!~
Cinta mati harus dijaga sampai mati
Jangan sampai ke lain hati
Nanti jadinya patah hati
Hati-hati menjaga hati
Mata hati